???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM lancar PUTRA, komited tunjang bidang pertanian

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
Foto: Mohammad Izrul Abdul Jabar 
 
 
KLANG, 16 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif menjenamakan semua aktiviti-aktiviti pengembangan pertanian dan keterjaminan makanan dibawah jenama Pertanian Untuk Rakyat (PUTRA) yang dilancarkan oleh Tuanku Canselor UPM yang juga Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini, hari ini.
 
PUTRA yang dilancarkan di Istana Alam Shah, Klang melambangkan sumbangan penting UPM dalam memperkasa bidang pertanian serta komitmen universiti ini dalam memajukan pertanian untuk kepentingan masyarakat.
 
Naib Canselornya, Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata penjenamaan ini memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa UPM bersama agensi terlibat menyediakan pelbagai program latihan, pendidikan, dan penyelidikan kepada petani tempatan yang boleh menyumbang kepada peningkatan sara hidup dan pembangunan ekonomi masyarakat.
 
"Dalam usaha ini, UPM giat bekerjasama dengan agensi luar seperti projek Inisiatif Pendapatan Rakyat Inisiatif Usahawan Tani (IPR-INTAN @ UPM), program pengembangan PUTRA oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan persidangan ilmu membincangkan agenda keterjaminan makananan.
 
 
"Pertanian bandar merupakan antara kerjasama dengan komuniti bandar yang sering dijalankan bagi menyebar luas ilmu pertanian dalam kalangan masyarakat setempat. UPM kekal komited menunjangi bidang pertanian sejak penubuhannya yang dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1971 sehingga kini melalui pelbagai inisiatif pengembangan pendidikan pertanian buat rakyat," katanya. 
 
Terbaharu, sekumpulan penyelidik Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) dan Fakulti Pertanian (FP) telah menuai rintis padi varieti baharu rintang kemarau dan berkualiti tinggi yang dinamakan benih Climate Ready (CR) berskala besar di bendang Kampung Muring, Kota Bharu.
 
Usaha ini disokong dengan perkembangan teknologi digital mudah dan terbaru melalui teknologi kecerdasan buatan (AI).
 
"Antara kajian yang telah dipelopori seperti pengesan tekanan tumbuhan menggunakan aplikasi DEEP-NDVI Model. Ini termasuk juga pertanian pintar menggunakan data tepat AI, pertanian digital berkembar oleh Putra Science Park (PSP) serta sistem sensor pemantauan kualiti air bagi peternakan ikan Siakap oleh Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik UPM.
 
"Inisiatif-inisiatif ini adalah selari dengan Dasar Agromakanan Negara 2012-2030 (DAN 2.0) untuk meningkatkan kesedaran masyarakat akan pentingnya keterjaminan makanan serta menegaskan peranan penting UPM sebagai institusi pendidikan yang berkait rapat dengan pertanian.
 
 
"Tumpuannya adalah bagi menyediakan lebih banyak peluang perkongsian pendidikan pertanian kepada masyarakat untuk membuka ruang pekerjaan dan tambahan pendapatan kepada komuniti tempatan," jelasnya. 
 
Turut dilaksanakan Kolabrasi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dan UPM menerusi program Usahawantani Putra-Perhebat dalam memartabatkan sosioekonomi bakal pesara serta veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
 
Selain itu, para pelajar UPM khasnya di FP sentiasa didedahkan dengan program bersama industri seperti Program Inkubator Pembangunan Belia Tani di Kalangan Siswazah (PROBEST) bersama pendanaan oleh Bank Pertanian Malaysia (Agrobank) inisiatif dibawah Pusat Pertanian Putra UPM.
 
Turut hadir, Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari-UPM
 

SXMWVAx~