???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM kongsi ilmu STEM di Indonesia

 

SERDANG, 29 Mac – Buat julung kalinya, Kelab MySTEM Ambassador, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program International STEM Exploration Mobility Semarak Siswa Madani 2.0 Indonesia bagi memupuk minat dan pemahaman pelajar sekolah terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) baru-baru ini.

 

Program tersebut melibatkan pelajar-pelajar peringkat umur 13 hingga 15 tahun di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 2 Depok, Indonesia.

 

 

Kejayaan menganjurkan program tersebut membuktikan kehebatan kelab ini dalam usahanya menanamkan minat terhadap STEM dalam pelajar sekolah bukan hanya di Malaysia malah di luar negara.

 

Penasihat MySTEM Ambassador UPM, Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen berkata, pendekatan program ini diharapkan dapat merangsang minda erta meningkatkan keupayaan kreativiti pelajar sekolah melalui aktiviti hands-on yang merangkumi beberapa konsep sains antaranya prinsip Bernoulli, keseimbangan, daya memusat, kekonduksian elektrik dan haba.

 

 

“Melalui program ini saya berharap ia dapat membuka minda pelajar terhadap bidang STEM kerana pelajar dapat melaksanakan dan mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam kelas,” katanya.

 

Pengetua sekolah SMP Negeri 2 Depok, Pak Sumarno berkata berbesar hati menerima kunjungan fasilitator dari UPM untuk menjalankan program tersebut di sekolah itu dan berharap akan berterusan bagi menyuntik minat pelajar dalam STEM.

 

 

“Kunjungan fasilitator dari UPM di sekolah ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan pembelajaran STEM serta mendorong minat pelajar untuk terus menceburi bidang STEM memandangkan Indonesia turut mengalami masalah yang sama seperti di Malaysia iaitu kekurangan pelajar dalam menceburi bidang STEM,” katanya.

 

Pengarah program, Ahmad Danish Iskandar berkata, seramai 20 fasilitator dari Kelab MySTEM Ambassador UPM telah terlibat dalam pelaksanaan program ini berpeluang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dalam bidang sains.

 

 

“Kami telah menjelaskan konsep sains dalam bahasa Melayu kepada para pelajar sekolah ini, memandangkan Malaysia dan Indonesia adalah negara yang berasal dari satu rumpun yang sama.

 

“Walaupun terdapat sedikit kesukaran komunikasi disebabkan oleh perbezaan sebutan dalam bahasa namun aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya serta para pelajar sekolah kelihatan sangat bersemangat menjalankan aktiviti ini,” katanya.

 

Selain itu, turut disertai beberapa mahasiswa Universitas Indonesia yang membantu fasilitator untuk menjelaskan konsep sains dengan lebih baik.

 

Dalam pada itu, pelajar UPM turut menganjurkan sesi forum perkongsian idea bersama pemimpin mahasiswa Fakultas Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA), Universitas Indonesia dalam perbincangan isu STEM di peringkat ASEAN. - UPM

SXMWWAn~