Oleh: Adidi Tamim
SERDANG, 1 Dis – Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai Festival Zapin Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) 2018, kejuaraan keempat UPM dalam Festival Zapin MAKUM.
UPM yang diwakili Kumpulan Tarian dari Kelab Senitari ADIMASTULI UPM turut memenangi Anugerah Penataan Terbaik pada festival itu. Mereka membawa pulang wang tunai RM3,250 berserta piala iringan.
Kejuaraan kali keempat itu sekali gus mengesahkan penguasaan UPM.
Sebelas Universiti Awam mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang diadakan di Dewan Besar, PKKSSAAS, UPM.
Naib johan dimenangi oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menerima wang tunai RM2,000 berserta piala iringan, manakala tempat ketiga Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk membawa pulang wang tunai RM1,000 dan piala iringan.
Hadiah-hadiah disampaikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman
Pertandingan diadili oleh tiga juri profesional yang dijemput khas dari ASWARA dan Istana Budaya.
Festival Zapin itu dianjurkan dengan kerjasama UPM dan MAKUM. Ia dihadiri oleh para alumni, warga tempatan dan para penggiat senitari.
Keputusan penuh Festival Zapin MAKUM 2018:
JOHAN
UPM
NAIB JOHAN
UTM
TEMPAT KETIGA
UiTM
Anugerah Penghargaan
Seri Perdana
UPM
UTM
UiTM
UM
USM
Perdana
UMK
UMP
UKM
Utama
UPSI
UniMAP
UMT
Anugerah Khas Juri
UM
Anugerah Kumpulan Harapan
UMP
Anugerah Penataan Terbaik
UPM
Anugerah Busana Terbaik
UiTM
Anugerah Tatarias Terbaik
UMP