???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM, BookDoc jalin kerjasama promosi gaya hidup sihat

Oleh Azman Zakaria

 

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Universiti Putra Malaysia (UPM) dan platform penjagaan kesihatan dalam talian BookDoc hari ini menjalin kerjasama dalam penempatan latihan, penyelidikan kesihatan, kerjasama mempromosikan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental.

Kedua-dua pihak akan memberi tumpuan penggunaan acara BookDoc dan platform berita untuk menyebarkan aktiviti berkaitan kesihatan UPM kepada fakulti, pelajar dan masyarakat umum.

Kolaborasi itu juga akan melibatkan transformasi pendekatan terhadap kesihatan mental dan menangani masalah pengasingan sosial.

Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris berkata perkongsian itu adalah situasi menang-menang bagi UPM dan BookDoc.

“Kerjasama ini memberi manfaat bagi penuntut UPM dalam latihan amali, perkongsian akademik-industri dan pembangunan infrastruktur digital selaras dengan IR4.0, Matlamat Pembangunan Mampan dan peluang penyelidikan,” katanya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BOOlDoc, Dato’ Chevy Beh pula berkata kerjasama itu sejajar dengan inisiatif Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) untuk membangunkan kemahiran yang penting bagi memastikan pertumbuhan dan daya saing Malaysia kekal mapan.

Beliau berharap kolaborasi dalam kesihatan telemental itu dapat membantu memenuhi keperluan rakyat Malaysia bagi perkhidmatan kesihatan yang sesuai, berpatutan dan mudah diakses. - UPM

SXMWQAk~