???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM bekerjasama dengan KPT dalam pembangunan Modul Komunikasi Risiko Bencana

**This article was published in Bahasa Melayu and has no translation in English

 

PUTRAJAYA - Bencana COVID-19 yang melanda telah membuka mata banyak pihak bahawa dunia hari ini terdedah dengan pelbagai jenis risiko. Dalam keadaan bencana, aspek komunikasi menjadi nadi utama bagi memastikan risiko dapat ditangani dengan baik.

Satu penyelidikan berkaitan komunikasi risiko bencana sedang dijalankan oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mereka diketuai oleh Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman, dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE). Ahli projek terdiri dari Prof. Madya Dr Mohd Rafee Baharudin dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain dari Fakulti Ekologi Manusia, dan Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan dari Fakulti Kejuruteraan.

Kajian ini telah mendapat pembiayaan dari badan antarabangsa, United States Agency for International Development (USAID), melalui Malaysia One Health University Network (MyOHUN). Baru-baru ini, satu perbincangan antara penyelidik dengan Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato’ Shaharuddin Abu Sohot telah diadakan. Beberapa perbincangan lain berkaitan isu, cabaran, dan perancangan masa hadapan yang lebih strategik telah diadakan bersama Bahagian Education Malaysia (BEM) dan Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), KPT.

KPT akan bekerjasama dengan pasukan penyelidik dalam membangunan modul Komunikasi Risiko Bencana. Modul yang menekankan aspek struktur, koordinasi, dokumentasi, dan amalan terbaik dalam komunikasi risiko bakal menjadi panduan kepada seluruh warga Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Untuk memastikan kesinambungan dan kejayaan jangka panjang, IPT perlu mempunyai kapasiti untuk menguruskan risiko bencana dengan baik dan ini perlu dimulakan dengan kefahaman berkaitan risiko dan aspek komunikasi dalam pengurusan risiko.

Ini merupakan asas penting untuk memastikan institusi pengajian tinggi mempunyai kebolehan dalam mengenalpasti risiko, mengurangkan impak dan melonjak dengan cepat setelah berakhirnya sesuatu bencana. 

Modul itu juga adalah salah satu inisiatif penting dalam menjayakan kempen pembudayaan norma baharu seiring dengan gagasan KPT Prihatin. Dalam pembudayaan norma baharu, modul ini meletakkan amalan norma baharu bukan sekadar melihat kepada risiko bahaya, tetapi komunikasi yang menumpu kepada risiko kelangsungan dan daya saing institusi - UPM

SXMWVA~