???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur Program Little Scientist, tingkat minat kanak-kanak minat STEM

Oleh: Dr. Sazlinda Kamaruzaman

 

 

SERDANG, 27 Dis - Dalam inisiatif berterusan bagi meningkatkan minat kanak-kanak untuk meminati bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), telah mengambil pendekatan kreatif dengan menganjurkan Bengkel Interaktif pada Program Little Scientist baru-baru ini.

 

Penganjuran program pada tahun ini adalah berbeza iaitu diadakan secara praktikal yang mempunyai dua modul iaitu Let's Build Your Water Rocket dan Solving Mystery with Science bertujuan untuk menjadikan pembelajaran STEM menyeronokkan untuk generasi muda.

 

Pengerusi program, Dr Nadiah Mad Nasir berkata, penekanan modul itu diperkenalkan bagi menekankan kepentingan menerapkan pemikiran kritis serta kemahiran kerja berpasukan dalam diri peserta.

 

 

“Mereka bukan sekadar belajar membina roket air tetapi mendalami prinsip saintifik asas di sebalik pelancarannya serta pendedahan untuk melakukan eksperimen amali berkaitan kimia, meneroka konsep seperti tindak balas asid-bes dan proses pengoksidaan,” katanya.

 

Selain itu, Bengkel Interaktif ini bukan sahaja menyampaikan pengetahuan saintifik malah memupuk kemahiran yang memberi manfaat kepada peserta dalam mempelajari serta mengaplikasikan ilmu sains dalam kehidupan seharian,

 

 

Sementara itu, modul pertama telah dijalankan pada 16 November lalu, mendapat penyertaan daripada 40 peserta dari Sekolah Kebangsaan (Felda) Air Tawar 4, Kota Tinggi Johor, berjaya mempelajari aktiviti membina roket air.

 

Kemudiannya, modul kedua dijalankan pada 17 November, disertai 27 peserta daripada pelbagai latar belakang yang memberi tumpuan dengan memperkenalkan keajaiban sains forensik, termasuk keunikan cap jari dan cara membaca mesej rahsia menggunakan teori sains.

SXKSVAS~