???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM anjur Majlis International Expatriate Appreciation Ceremony (i-eACE)

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

SERDANG, 12 November - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA) telah menganjurkan Majlis International Expatriate Appreciation Ceremony (i-eACE) bagi meraikan sumbangan staf antarabangsa serta jasa mereka kepada universiti, baru-baru ini.

 

 

 

 

Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Dato’ Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, program ini meraikan expatriat di UPM serta menekankan kepentingan dan peranan setiap ahli universiti termasuk staf antarabangsa untuk sama-sama menyumbang kepada kejayaan.

 

“Pada pandangan saya, staf akademik antarabangsa juga berperanan dalam pelaksanaan ‘Internationalization at Home’ supaya pelajar tempatan berpeluang mendapat ilmu daripada pakar antarabangsa,” katanya.

 

Seramai 62 orang staf antarabangsa yang terlibat menyumbang kepada kejayaan serta keterlihatan UPM di peringkat dunia dan menyemarakkan lagi kerjasama dalam pelbagai aspek akademik dan sosial.

 

Program ini turut meluncurkan aplikasi Smart PUTRA Q yang merupakan sistem pengurusan digital untuk menambahbaik pengurusan perkhidmatan visa dan pas, sekaligus memendekkan jarak waktu menunggu bagi memudahkan pelajar dan staf.

 

 

Dalam pada itu,  inisiatif ini dibangunkan oleh i-PUTRA dan iDEC yang akan membawa peningkatan dalam pengalaman pengguna di kampus dengan menyediakan perkhidmatan melangkaui jangkaan  supaya lebih efisien dan mesra pengguna.

SXMWWAT~