???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Tiga Pegawai UPM Ditauliah Pegawai Integriti Bertauliah

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim dan Nurin Amyra Amir Ahmad

Foto Oleh: Noor Azreen Awang 

 

 

 

 

 

 

 

KUALA LUMPUR, 24 April-  Tiga pegawai Universiti Putra Malaysia (UPM) ditauliahkan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) pada Majlis Konvokesyen Program CeIO ke-11 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

 

Program ini bertujuan melahirkan pegawai yang kompeten dalam pencegahan rasuah, pengurusan integriti dan penasihat tatakelola, sejajar usaha kerajaan hari ini membudayakan nilai kerja beretika dalam organisasi.

 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki berkata, program CeIO bukan sekadar latihan, malah mengangkat peranan pegawai awam sebagai pemacu budaya kerja berintegriti di organisasi masing-masing.

 

“Peranan CeIO sangat signifikan dalam mempengaruhi budaya kerja secara menyeluruh serta memperkukuh kepercayaan awam terhadap sistem penyampaian perkhidmatan negara.

 

“CelO juga berperanan memberi nasihat kepada pihak pengurusan tertinggi agar keputusan dan amalan tatakelola sentiasa selari dengan prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti,’ katanya.

 

Ketua Bahagian Governan dan Integriti UPM, Azizi Ismail, 50, berkata penyertaan beliau dalam CeIO selama dua bulan memberi ruang untuk memperkukuh pelaksanaan enam fungsi integriti melalui kursus, projek dan tugasan intensif.

 

“Saya bersyukur atas kepercayaan yang diberi pihak pengurusan. Pensijilan ini penting bagi memperkasakan peranan integriti di peringkat organisasi,” katanya.

 

Beliau turut berharap lebih ramai kakitangan awam khasnya warga UPM dapat menyertai program ini untuk membentuk jati diri yang beretika dan organisasi yang bermaruah.

 

Sementara itu, Ketua Seksyen Integriti UPM, Nabihah Abdul Razak, 41, berkata penyertaannya dalam CeIO memberi nilai tambah yang lebih besar selepas 15 tahun beliau berkhidmat dalam bidang akademik.

 

“Program ini memberi pendedahan menyeluruh tentang rasuah dan kaedah pencegahan. Ia sangat relevan untuk mereka yang memegang amanah agar kekal berintegriti dan patuh kepada peraturan,” katanya.

 

Penolong Pendaftar Kanan Kolej Sepuluh UPM, Nurhaslinda Karim, 42, menyifatkan pentauliahan ini sebagai peluang untuk menimba ilmu perundangan walaupun tidak mempunyai asas dalam bidang berkenaan.

 

“UPM antara universiti awam yang mendahului pelaksanaan CeIO ini, dan itu membanggakan,” ujarnya.

 

WYEYTAO~