???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Program Cakna Barisan Hadapan tingkat kesejahteraan warga UPM ketika pandemik

SERDANG: Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM dan Sahabat Masjid UPM melaksanakan Program ‘Cakna Barisan Hadapan’ dalam menyahut baik inisiatif PUTRA CAKNA, bagi terus meningkatkan kesejahteraan warga UPM ketika pandemik COVID-19.

Program itu melibatkan Pusat Tanggungjawab (PTJ) barisan hadapan UPM iaitu Bahagian Keselamatan Universiti, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Pusat Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (PPKKP) UPM.

Pada program itu, Naib Canselor, Prof Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyampaikan sumbangan 397 kotak Pelitup Muka (facemask) kepada Ketua PTJ barisan hadapan UPM ASP Ibrahim Hassan yang juga Ketua Seksyen Pengurusan Operasi, Bahagian Keselamatan Universiti; Ketua Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Fauziah Adnan; dan Pengarah PPKKP UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Rafee Baharuddin,

Prof. Dr. Mohd Roslan menzahirkan penghargaan kepada WAZAN UPM dan Sahabat Masjid UPM atas keprihatinan menyantuni petugas barisan hadapan UPM dalam melaksanakan tugas mencegah penularan COVID-19, dan berharap Inisiatif Putra Cakna dapat diperluaskan dengan pelbagai program dan aktiviti di peringkat staf dan pelajar UPM.

Pengarah WAZAN UPM, Dr. Haji Razali Othman berharap sumbangan melalui Program “Cakna Barisan Hadapan” itu dapat meringankan bebanan kos yang ditanggung oleh petugas barisan hadapan UPM dalam membuat persediaan untuk bertugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pastinya menuntut kos akibat norma baharu.

Pengerusi Sahabat Masjid UPM, Bukryman Sabri berkata Sahabat Masjid UPM bersedia menjadi penghubung atau jambatan antara staf UPM dan WAZAN berkaitan perkara kebajikan dan keperluan mereka ketika PKP.

Inisiatif PUTRA CAKNA yang digerakkan oleh Pengurusan UPM bermatlamat meningkatkan kesejahteraan warga UPM mendepani situasi mencabar akan datang dengan berfokus kepada kesejahteraan Warga UPM secara lebih komprehensif serta inklusif, dengan harapan semua pihak akan turut merealisasikannya menerusi pelaksanaan program untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. - UPM

SXMXCAf~