???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Pesanan Bapa Dorong Harresh Kejayaan dalam Bidang Bioindustri

 

Bintulu, 3 November – Dorongan dan pesanan daripada ibu bapa telah menjadi inspirasi terbesar bagi Harresh Ramesh Kumar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan dengan perniagaan keluarganya ternakan lembu tenusu keluarga mereka di Segamat, Johor.

 

Walaupun pada awalnya Harresh tidak merancang untuk menyambung pelajaran, nasihat dan galakan daripada keluarganya telah membawanya ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dimana beliau kini berjaya meraih Diploma Pertanian.

 

Menurut Harresh, ibunya dan terutamanya bapanya, sangat berharap beliau dapat mempelajari teknologi terkini bagi mengembangkan perniagaan keluarga.

 

“Ibu bapa saya beri dorongan untuk sambung belajar di UPMKB kerana mereka ingin saya mempelajari teknologi baru dalam penternakan lembu tenusu dan penanaman rumput napier secara komersial,” katanya ditemui selepas Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke-48 di Kampus Bintulu hari ini.

 

 

Di UPMKB, Harresh berpeluang mendalami ilmu berkaitan penternakan dan teknologi tenusu, sesuai dengan keperluan perniagaan keluarga. Pengalaman ini membuka matanya terhadap kepentingan ilmu sains bioindustri dalam pengurusan ternakan dan pengeluaran produk tenusu berkualiti.

 

Harresh juga percaya bahawa kemahiran dalam bidang tanaman dan pertanian dapat memberi impak positif kepada perniagaan keluarga mereka.

 

“Kemahiran ini dapat saya manfaatkan untuk memastikan kualiti makanan ternakan terjaga, yang seterusnya menyumbang kepada pengeluaran susu yang lebih baik,” ujarnya.

 

Dengan sokongan keluarga dan ilmu yang diperolehnya, Harresh kini bersedia untuk menerapkan kemahiran bioindustri dalam perniagaan ternakan lembu tenusu keluarga, menggabungkan ilmu moden dengan harapan ibu bapanya yang ingin melihat perniagaan mereka berkembang maju.

SXLOMAQ~