???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Pelajar Jabatan Fizik UPM Cemerlang di Pertandingan Debat Nuklear 2024

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

 

 

SERDANG, 3 Julai – Ahmad Zaki Ayman Ali Rahman, pelajar Jabatan Fizik, Fakulti Sains (FS), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Peringkat Akhir dan Pendebat Terbaik Keseluruhan Liga Pertandingan Debat Nuklear Antara Varsiti 2024, baru-baru ini.

 

Pelajar tahun tiga Bacelor Sains Fizik dengan Pendidikan ini berharap kemenangannya akan menjadi pemangkin semangat untuk para pendebat yang akan datang.

 

"Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi kepada pendebat-pendebat lain. Saya juga berharap agar budaya debat di universiti sentiasa diteruskan kerana ia merupakan medium yang baik dalam mendidik pemikiran kritis buat mahasiswa," katanya.

 

Sebagai pengiktirafan atas kejayaannya, Ahmad Zaki membawa pulang sijil penghargaan dan syiling cenderamata.

 

Selain itu, pasukan UPM meraih Naib Johan dalam pertandingan ini dan membawa pulang RM 2,000 berserta sijil kemenangan.

 

Pasukan UPM telah dianggotai oleh Ahmad Zaki Ayman, Muhammad Izwan Haziq Md, Bacelor Kimia Petroleum, FS, Munawwarah Awatif Mus Mulyad, Bacelor Kimia Industri, FS, dan Muhammad Faiz Ahmad Zain, Bacelor Kaunseling dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP).

 

Rakan sepasukan, Muhammad Faiz berazam untuk lebih berusaha dan memperbaiki prestasi pada tahun hadapan demi meraih semula gelaran juara seperti tahun 2023.

 

"Saya tetap bersyukur dengan kemenangan ini kerana berada di pentas akhir merupakan satu pencapaian yang sangat baik. Tambahan pula, tiga pendebat dalam pasukan merupakan pelajar tahun pertama.

 

"Debat ini memberikan pendedahan awal serta pengalaman berharga kepada saya dan pasukan untuk berdebat bersama pasukan intervarsiti. Kami akan berusaha lagi pada tahun hadapan bagi menebus kekalahan ini," katanya.

 

Kemenangan ini secara tidak langsung mendukung matlamat 1 Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang. -UPM

 

SXMWAAW~