???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Korbankan masa remaja demi menjadi atlet rugbi negara

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

 

 

SERDANG, 30 November- Tempoh empat tahun tentunya satu tempoh yang singkat bagi atlet ragbi negara Muhamad Hafizie Sudin,  24, sebelum berjaya menggengam Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Hafizie berkata beliau mengorbankan masa remajanya dari usia 15 tahun untuk menjadi atlet ragbi negara dan cikgu sukan.

 

“Sejak usia 15 tahun lagi saya telah keluar dari kampung halaman di Kelantan demi mengejar impian menjadi seorang atlet ragbi negara di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor.

 

“Namun, pada 2020, Covid-19 melanda negara dan menyebabkan saya tersekat di Majlis Sukan Negara (MSN) selama setahun setengah berlatih setiap hari dan belajar dalam talian. Hati berasa sangat sedih ketika itu kerana tidak dapat bertemu dengan keluarga di Kelantan,” katanya.

 

Namun itulah penguat semangat dirinya untuk terus gigih berlatih dan mencapai impiannya menjadi seorang pendidik dan membanggakan keluarga di kampung halaman.

 

Katanya, ibu dan ayah bukanlah orang senang, oleh itu beliau perlu gigih berusaha mengubah masa depannya untuk menjadi seorang atlet ragbi negara dan seorang guru yang dapat melahirkan bakat baharu dalam sukan serta akademik.

 

 

Anak kedua daripada empat beradik ini merupakan Penerima Hadiah Universiti Pingat Emas Razlan Putra dan Atlet Sukan Ragbi pada Majlis Konvokesyen UPM ke-48 hari ini.

 

Beliau mewakili negara pada sukan Komanwel 2022 dan telah mendapat tempat ketiga Asia Seven Series (bronze).

 

“Saya bersyukur kerana saya berupaya melengkapkan pengajian. Bukan semua atlet dapat menamatkan pengajian mereka tepat waktu.

 

“Sebagai pelajar, saya juga perlu menghadiri kuliah, menduduki ujian dan peperiksaan. Cuma yang membezakan saya dengan pelajar lain adalah komitmen masa saya untuk latihan di dalam negara dan luar negara,” ujarnya.

SXMWWAU~