???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

KMB UPM ceriakan Surau Al-Hidayah, Taman Sri Serdang

SERDANG, 1 Dis – Seramai 40 orang pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KMB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai program Semarak Siswa Madani: Jalinan Alam KMB bagi membersihkan kawasan Surau Al-Hidayah, Taman Sri Serdang, baru-baru ini.

 

Pengarah program, Muhammad Haziq Muhamad Zin berkata program ini memberi pendedahan kepada para pelajar UPM dalam menjalankan aktiviti bersama komuniti serta memupuk semangat sukarelawan semasa menjalankan aktiviti.

 

“Para pelajar yang menyertai juga secara tidak langsung meningkatkan kemahiran komunikasi dengan baik apabila mereka perlu berinteraksi dengan komuniti Taman Sri Serdang selain mencapai objektif untuk membersihkan kawasan dan fasiliti surau.

 

“Sokongan daripada pengetua KMB UPM yang turut hadir iaitu Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni juga menimbulkan rasa tanggungjawab kepada pelajar untuk menjayakan program agar berjalan dengan lancar. 

 

“Antara aktiviti yang dilakukan ialah menjaga kebersihan kawasan sekeliling surau, aktiviti menceriakan dengan mengecat tembok pagar dan membersihkan kawasan persekitaran termasuklah fasiliti surau,” katanya.

 

Pengerusi Surau Al-Hidayah, Taman Sri Serdang, Meor Razlan Meor meluahkan rasa syukur dan penghargaan atas budi baik yang disumbangkan oleh 40 orang pelajar KMB UPM dalam mengindahkan kawasan surau.

 

Katanya hubungan rapat KMB UPM dengan komuniti setempat mampu menarik minat penduduk terdekat untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan. -UPM

SXKSVAs~