???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Kempen Plastik Kepada Tekstil: Usaha Kreatif Kitar Semula Raih Sambutan Komuniti

 

 

Oleh: Nur Aqielah Fausi

 

SERDANG, 17 Jan – Pendekatan unik kitar semula yang mengubah sisa plastik menjadi produk tekstil berjaya mendapat perhatian komuniti setempat dalam Kempen Plastik Kepada Tekstil anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

 

Program yang dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Prof. Ir. Dr. B.T Hang Tuah Baharudin telah mengumpulkan lebih 120 peserta, termasuk staf UPM, pelajar, serta komuniti dari kawasan Serdang dan Pulau Meranti.

 

Program hasil kolaborasi antara Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM dan Pusat Latihan dan Kraftangan Epal (Pusat EPAL) bukan sahaja memberi nafas baharu kepada bahan buangan tetapi turut memperkenalkan kreativiti dalam menghasilkan pelbagai produk kraf seperti tote bag, sling pouch, dan eco backpack.

 

Ketua Seksyen Kelestarian Hijau, PSPK, UPM, Nor Shazwani Izyan Ayub berkata, inisiatif ini bukan sahaja mendidik masyarakat tentang pengurusan sisa pepejal tetapi juga membuka peluang untuk mengubah cara kita melihat bahan terbuang.

 

“Kempen ini memberi kesan positif kepada alam sekitar dan menyedarkan pengguna tentang pentingnya pilihan mesra alam. Peserta juga dilatih memisahkan sisa mengikut kategori seperti sisa kitar semula, organik, dan bukan kitar semula,” katanya.

 

Selain itu, antara tarikan utama program ini antaranya pertandingan mengumpul plastik. Sebanyak 58.44 kg plastik telah berjaya dikumpul pada program ini. Kolej 14 muncul sebagai juara diikuti oleh Kolej Pendeta Zaaba dan Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), UPM.

 

Dalam pada itu, kempen ini turut menampilkan perkongsian ilmu dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta pelajar Master Perancangan dan Respon Kecemasan, Fakulti Kejuruteraan, UPM dan Sekretariat Teknologi Hijau Majlis Perwakilan Pelajar.

SYBSUAV~