???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Elak jadi mangsa scammers

Oleh Ayunie Inanie Arzmi

 

SERDANG, 30 April – Orang ramai perlu bijak berfikir agar tidak terpedaya dan menjadi mangsa scammers yang semakin licik dengan taktik penipuan mereka, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Sehubungan itu, katanya, kesedaran mengenai penipuan oleh scammer perlu ditingkatkan.

Katanya scammers menggunakan beberapa taktik seperti Love Scam, menipu pembelian online, Macau Scam dan menipu pinjaman tidak wujud (PTW).

“Ramai scammers menggunakan Voice Over Internet Protocol (VOIP) iaitu mencuri talian nombor yang sama seperti pihak polis untuk meyakinkan mangsa bahawa mereka sememangnya polis, atau kita panggil ia sebagai spoofing,” katanya dalam program Share Your Story @ FEP “Awas Scammer!” di di Dewan Philip Kotler, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP).

Program anjuran FEP bersama Jawatankuasa Bertindak Alumni FEP itu membicarakan kes penipuan yang giat berlaku dalam talian.

 

Program itu juga adalah platform alumni berkongsi ilmu dan pengalaman untuk memberi motivasi serta inspirasi kepada pelajar, dan bagi mengeratkan lagi hubungan antara fakulti dan alumni.

Datuk Seri Mazlan yang juga alumni UPM ditemani isterinya yang juga alumni UPM pada majlis itu.

Datuk Seri Mazlan berkata, scammers sangat bijak dan licik dalam memperdayakan mangsa kerana mereka bekerjasama dengan orang yang tahu selok-belok atau berpengalaman dengan hal polis dan mahkamah.

Katanya, mereka merancang dengan teliti serta menyediakan skrip bagi menampakkan penipuan itu seperti sesuatu yang benar, agar boleh dipercayai oleh mangsa.

Beliau berkata, ada juga mangsa yang tidak menghubungi polis apabila ditipu kerana takut maruah tercalar dan berasa malu. - UPM

SXMXDAa~