???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Anak Sabah Bangkit Dari Kegagalan Untuk Bergelar Jurutera

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

 

 

SERDANG, 5 Disember – Gagal dalam subjek tidak mematahkan semangat graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), Clerence Lewin Champin, 27, untuk terus bangkit mengejar impian.

 

Graduan Bacelor Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi dari Fakulti Kejuruteraan, UPM ini membuktikan bahawa usaha gigih mampu mengatasi segala rintangan.

 

Graduan etnik Dusun Tatau, Sabah, tidak hanya menghadapi cabaran akademik tetapi juga tekanan kewangan.

 

Bagi menyara hidup, beliau melakukan pelbagai kerja sambilan termasuk menjadi tutor, pekerja gudang, dan tenaga pengajar bengkel robotik.

 

“Walaupun perit, saya tetap berusaha mencapai impian saya untuk menjadi jurutera profesional dalam bidang sistem komputer dan akan berusaha untuk mendapat pengiktirafan Professional Engineer (Ir.),” katanya.

 

 

Beliau percaya bahawa bidang kejuruteraan komputer dan komunikasi mempunyai potensi besar tambah lagi dalam era perkembangan teknologi pesat dunia sekarang ini.

 

“Dengan memilih bidang ini, saya dapat memperluaskan ilmu serta menyumbang kepada pembangunan teknologi semasa, sekali gus mempersiapkan diri untuk kerjaya masa depan,” tambahnya lagi.

 

“Semua pelajar pernah menghadapi cabaran kewangan, termasuk saya. Ada waktu di mana saya terpaksa berlapar dan berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Namun, pengalaman ini mengajar saya erti ketabahan dan mempersiapkan diri untuk dunia pekerjaan sebenar.”

Baginya, perjalanan dalam bidang kejuruteraan penuh dengan cabaran tetapi hasilnya amat berbaloi.

 

“Setiap kesusahan yang kita hadapi adalah proses yang mematangkan. Kegagalan bukan titik noktah, tetapi batu loncatan kepada kejayaan.

 

“Saya percaya, di hujung jalan yang sukar ini, manisnya kejayaan akan terasa lebih bermakna,” ujarnya dengan penuh semangat.

SXMWVAZ~