???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

ANAK IBAN GENGGAM IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

Oleh: Nurul Qamarina
Bachelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan

 

 

Serdang, 27 November - Anak kelahiran Sarawak, Mobin anak Ambau, meluahkan rasa puas apabila berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Hutan dan Sains Ekosistem pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-47.

 

Lahir dan dibesarkan di kawasan pendalaman, mereka agak ketinggalan dari segala aspek sehinggakan beliau perlu ke bandar untuk memastikan beliau tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa. Cabaran kewangan adalah cabaran yang telah beliau hadapi sejak dari zaman persekolahan.

 

“Saya bersyukur kerana adanya bantuan pelajaran yang banyak daripada kerajaan untuk menampung kos pengajian saya sehingga kini,” katanya. Menurutnya, beliau berulang alik dari Sarawak ke UPM bukan sahaja menelan kos yang tinggi, malah memberi kesan kepada tenaga dan masa beliau. Tertinggal kapal terbang dan tidur di lapangan terbang telah menjadi asam garam kehidupannya.

 

 

Antara pengalaman pahit semasa pengajian Phd adalah apabila beliau menghidap Covid-19 tahap 3 dan hanya berbaring di rumah sahaja. Dr. Mobin mengambil masa 3 bulan untuk kembali fokus dalam pelajarannya.

 

“Saya ingin memotivasikan anak Iban untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya. Beliau merupakan antara yang termuda di daerahnya dalam menerima pendidikan Phd dan ingin memastikan lebih ramai lagi mengikut jejak belia.

 

Dr. Mobin berjaya tamat dalam tempoh masa dengan membahagikan masa bersama keluarga, belajar dan bekerja sepenuh masa. Tidak bergantung dengan penyelia sahaja, beliau  turut mencari ilmu dengan kaedah lain. 

 

“Saya berbangga dengan diri sendiri apabila dapat mengharungi pelbagai cabaran,” katanya. Sokongan dari keluarga, isteri dan anak-anak menjadikan inspirasi untuk menamatkan pelajarannya. 

 

Beliau berpesan kepada masyarakat Iban yang lain agar keluar dari kemiskinan dengan pendidikan dan jangan berputus asa dalam menuntut ilmu.

SXKSHAY~