???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Aktif Bersukan Bukan Penghalang Untuk Memegang Segulung Ijazah

Oleh: Nisa Sahira Samsudin
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan

 

 

SERDANG, 27 November - Atlet olahraga negara, Eng May Xin Winnie telah berjaya bergraduat dalam Bacelor Ekonomi pada Majlis Konvokesyen UPM yang ke-47 hari ini.

 

Winnie yang mula terlibat dalam bidang sukan olahraga seawal umur 10 tahun, berkongsi bahawa cabaran utama dalam mengimbangi kehidupannya sebagai pelajar serta atlet sepenuh masa adalah pembahagian masanya terutama sekali apabila sesi latihan beliau diadakan di Bukit Jalil.

 

Potensi Winnie sebagai atlet mula diperhatikan oleh guru sukan di sekolahnya berikutan sikapnya yang begitu aktif. Pencapaian pertama beliau apabila berjaya mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke peringkat MSSM seawal umur 12 tahun.

 

Pada tahun 2017, Winnie ditimpa berita sedih di mana bapanya telah meninggal dunia dan peristiwa tersebut menjadi pembakar semangat untuk beliau meneruskan kerjaya sebagai atlet dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-universiti di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

 

Semangat Winnie dicabar sekali lagi apabila pandemik Covid-19 menimpa di mana sesi latihan beliau terpaksa ditangguhkan serta perlu menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian. Tambahan lagi, beliau mengalami kecedaraan di bahagian lutut serta buku lali.

 

Namun, berkat sokongan dari ahli keluarga serta jurulatih, Winnie berjaya bangkit semula untuk aktif dalam bidang sukan dan berjaya mewakili Malaysia dalam sukan SEA 2023 acara heptathlon meskipun tidak memenangi apa-apa pingat susulan kecederaan beliau sebelum ini. Beliau juga turut berjaya merangkul tiga pingat emas pada Sukan Malaysia 2022 yang lepas.

 

Kini, Winnie sedang merancang untuk menyambung pengajian Master serta membuat persediaan untuk mewakili Malaysia ke Sukan SEA 2025 setelah kecederaan beliau semakin pulih. 

 

"Don't give up, if your performance doesn't show good result, just be patient because time will prove everything", merupakan pesanan beliau kepada pelajar yang sedang melalui perjalanan seperti beliau.

 

SXKSVAi~