???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

40 tahun khidmat di UPM, Kamal akan bersara tahun hadapan

OLEH: NURUL EZZATY MOHD AZHARI 
FOTO: NOOR AZREEN AWANG 
 
 
SERDANG, 28 Mei – Bermula dengan kerjaya sebagai pelayan dapur sementara pada 1983 di Pusat Pengembangan Dan Pendidikan Lanjutan (PPPL), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), kini Kamal Kamis, 59, sudah melebihi khidmat 40 tahun menabur bakti kepada UPM dan bakal bersara pada Mei tahun hadapan.
 
Sepanjang empat dekad berkhidmat di universiti ini, pelbagai memori yang telah dicipta disamping memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugasnya.
 
“Saya bermula kerja di sini dengan gaji RM250 sebulan dan pada tahun 1991 saya mendapat jawatan tetap sebagai Pembantu Am Rendah di Jabatan Biologi, Fakulti Sains (FS) dan ditukar kepada jawatan Pembantu Operasi pada tahun 2009 sehingga hari ini.
 
“Saya berasa sangat bertuah dapat berkhidmat di UPM selama ini dan saya memang seronok kerja di sini terutamanya ketika menjadi pelayan dapur kerana banyak kawan-kawan yang sokong, bekerja bersama-sama dan kita berusaha memberikan layanan yang terbaik untuk hidangan makanan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui setelah menerima Anugerah Perkhidmatan Melebihi 40 tahun yang telah di sampaikan oleh Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah di Dewan Besar UPM, hari ini.
 
 
Datuk kepada enam cucu ini berkongsi bahawa tiada kenangan pahit sepanjang kerjayanya di UPM dan mengucapkan penghargaan buat semua pihak yang sentiasa membantunya sejak hari pertama berkhidmat.
 
“Saya memulakan kerjaya ketika Naib Canselor ialah Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Setia Dr. Nayan Ariffin dan saya telah melihat perkembangan serta kejayaan UPM yang semakin maju daripada Universiti Pertanian dan kini Universiti Putra Malaysia,” katanya yang berasal dari Melaka.
 
Pesannya kepada staf UPM agar sentiasa memberikan fokus yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dan tidak jemu berusaha.
 
“Teruskan menyokong antara satu sama lain dan bekerja sebagai satu pasukan. Dengan semangat ini, saya yakin UPM akan terus mencapai kejayaan yang cemerlang di masa hadapan," tambah Kamal. -UPM

SXKSUA~