???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Walau depresi, Mimi Aina kuatkan semangat tamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik

Oleh: Sharifah Hannah Adibah Wan Serail
Jurufoto: Noor Azreen Awang

 

 

SERDANG, 28 Nov – Meskipun hampir menyerah kerana depresi, Mimi Aina Muhamad Khair, 24, kuatkan semangat untuk menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda akhirnya berjaya menggenggam Bacelor Sains Statistik dengan Kepujian di Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 2 Tahun 2023. 

 

Mimi Aina yang menghidap Major Depressive Disorder (MDD) dan Persistent Depressive Disorder (PDD) sejak September 2022 berkongsi kisah perjalanan dari penderitaan ke puncak kejayaan dalam perjuangan mewujudkan impian pendidikan meskipun terus bergelut dengan masalah kemurungan dan tekanan melampau.

 

“Saya sering merasa bahawa hidup ini tidak berguna, tidak bermakna dan tiada nilai. Saya tiada hala tuju dan impian, bahkan tidak boleh membayangkan masa depan sendiri, oleh itu, mengapa saya perlu berada di sini? Terlalu banyak tanda tanya negatif yang bermain dalam fikiran yang membuatkan saya sering mempersoalkan kemampuan diri sendiri.

 

“Saya merasa bagaikan hidup dengan jiwa yang kosong dalam sebuah rumah gelap berdinding hitam, tanpa cahaya,” katanya. 

 

 

Menurut Mimi Aina, dia sendiri tidak menyedari bahawa dirinya mengalami masalah kemurungan yang melampau sehinggalah dia melalui ‘MDD episodes’ dan ‘burnout’ berkali-kali, serta seterusnya mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan dan rawatan daripada pakar atas nasihat felo kolej kediaman.

 

“Perasaan gelisah, tidak tenang dan paranoid sering menghantui malam-malam saya sehinggakan saya mengalami insomnia. Terkadang, saya juga menggigil, mandi peluh, sesak nafas, lesu dan menangis tanpa sebab. 

 

“Setiap kali berhadapan dengan masalah, saya sering lari daripada masalah tersebut kerana takut untuk berhadapan dengannya. Hal ini membuatkan saya hilang konsentrasi dan semangat untuk melakukan segala hal. 

 

“Saya juga pernah dimasukkan ke wad psikiatri selama beberapa hari kerana cubaan bunuh diri. Saya seorang gadis yang riang, tetapi jiwa yang kosong membuatkan saya merasa hidup ini sangat memenatkan,” katanya. 

 

Namun begitu, Mimi Aina bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk merasakan keindahan hidup dan sedar bahawa semua yang terjadi di dunia adalah atas kehendak Maha Pencipta. 

 

“Sebagai manusia, kita hendaklah tabah dan redha dengan segala ketentuan-Nya, dan beringat bahawa Allah SWT tidak akan menguji hamba-Nya lebih daripada kemampuan hamba-Nya,” katanya. 

 

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, selain bantuan daripada pakar dalam rawatan psikoterapi, keluarga, pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan juga banyak membantu dari segi sokongan fizikal dan moral. 

 

“Saya berterima kasih dan sangat bersyukur kerana Allah SWT masih menyayangi saya dengan menghadirkan insan-insan yang sabar dan ikhlas menemani saya, terutamanya ketika diri ini merasa ingin menyerah apabila pemikiran sihat mula diselimuti oleh bisikan negatif,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Mimi Aina menyatakan bahawa masalah kesihatan mental bukanlah suatu jenaka, dan mereka yang mengalami gejala kemurungan dan masalah kesihatan mental diharapkan boleh mendapatkan bantuan dan rawatan segera sebelum terlambat. 

 

Masyarakat juga hendaklah menghapuskan stigma bahawa pesakit mental ialah ‘orang gila’ yang perlu ditakuti kerana pesakit mental hanyalah insan yang memerlukan bantuan dan dorongan daripada orang sekeliling. 

SXMWJA~