???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Varieti Padi CR beri nafas baharu pesawah Kampung Muring, Kota Bahru

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto Oleh: Noor Azreen Awang

 

 

KOTA BAHRU, 29 April – Varieti baharu padi Putra CR (Climate Ready) yang dijalankan oleh penyelidik dari Fakulti Pertanian Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, (ITAFoS), UPM telah memberi nafas baharu kepada para pesawah Bendang Kampung Muring, Kota Bharu, Kelantan.

 

Ketua Cawangan Penerimaguna Teknologi, Bahagian Pertanian, KADA, Ammar Firdaus Hassan yang juga merupakan alumni Fakulti Pertanian, UPM, berkata dengan kejayaan UPM menghasilkan inovasi ini membuktikan penyelidikan UPM menyokong agenda sekuriti makanan negara.

 

 

“Sebagai alumni UPM saya secara langsung dapat mengaplikasikan ilmu yang saya peroleh di lapangan dan saya dapat memberi sumbangan kepada komuniti sejajar dengan slogan UPM Berilmu Berbakti,” katanya.

 

Tambah beliau, usaha UPM membangunkan benih padi varieti baharu rintang kemarau dan berhasil tinggi iaitu varieti CR merupakan langkah yang patut dipuji.

 

 

 

“Sebenarnya penanaman padi varieti CR ini telah bermula pada pada bulan Februari 2023 di Ladang Merdeka Jabil dan saya telah ditugaskan untuk memantau perkembangan varieti ini dari segi keupayaan untuk bertahan dalam keadaan air yang sangat minimum serangan perosak dan penyakit serta dari segi agronomi varieti ini sendiri,” katanya.

 

 

 

Penduduk Kampung Muring, Kota Bharu, Kelantan, Boskari Mohd Nor berkata beliau berpuas hati dengan inovasi varieti benih padi CR yang sangat membantu penduduk kampung pada musim kritikal ini.

 

“Saya berharap UPM akan terus membantu penduduk kampung di sini kerana sumbangan kepakaran UPM dalam bidang pertanian amat diperlukan untuk kesejahteraan pesawah dan petani di sini,” katanya.

SXMWPAX~