???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UVH UPM jalankan pembedahan Caesarean, transfusi plasma kepada kuda

Oleh: Prof. Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin

SERDANG, 11 Jun – Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Ladang dan Eksotik (JPPHLE), Hospital Veterinar Universiti (UVH), UPM menerima satu kes seekor kuda bunting yang dirujuk dari Terengganu yang mengalami kolik dan disyaki menunjukkan tanda-tanda beranak sejak enam hari lepas.  

Kuda itu tiba di UVH pada 11 Jun lalu dan hasil pemeriksaan melalui palpasi rektum dan saluran peranakan,  mendapati keadaan fetus adalah sempurna namun bukaan serviks tidak berlaku serta tanda kolik disebabkan sumbatan pada kolon.

Hasil perbincangan bersama pakar perunding pembedahan haiwan besar dan kuda, Prof. Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin dan pakar reproduksi haiwan, Dr. Mark Hiew Wen Han berserta pegawai-pegawai veterinar di JPPHLE, satu pembedahan laparotomi eksploratomi telah dijalankan ke atas ibu kuda itu sebagai usaha menyelesaikan masalah kolik dan seterusnya melakukan pembedahan Caesarean untuk menyelamatkan anak di dalam kandungan.

Pembedahan melibatkan tiga pasukan iaitu pasukan anestesia (diketuai oleh Dr Noorashimah Roslim dan dibantu oleh Dr Wan Sukri dan Dr Benedict Ong), pasukan pembedahan (diketuai oleh Dr Nurul Hayah dan Dr Syahirah) dan pasukan resusitasi pada anak kuda (diketuai oleh Dr Mark Hiew dan dibantu oleh Dr Wan Sukri dan Dr Luqman Samad).

Sebaik anak kuda dapat diselamatkan melalui kaedah pembedahan, resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas anak kuda ini berjaya dilakukan, namun begitu ibunya tidak dapat diselamatkan.

Pelbagai usaha telah dibuat bagi memastikan anak kuda tersebut dalam keadaan baik sepanjang penjagaan. Antara rawatan yang diberikan ialah penjagaan rapi dan intensif selama 24 jam untuk enam hari berturut-turut.

Selain itu, buat pertama kalinya transfusi plasma telah dijalankan bagi meningkatkan sistem imun badan pada anak kuda untuk memastikan anak kuda mendapat imuniti pasif dari plasma yang diambil dari kuda lain yang menjadi penderma darah untuk anak kuda itu.

Setelah dua kali transfusi plasma dilakukan, akhirnya anak kuda itu menunjukkan perkembangan positif dan mampu berdiri dengan sendiri.

Ini adalah satu pencapaian bagi JPPHLE, UVH, UPM kerana buat pertama kalinya pembedahan Caesarean dan transfusi plasma dari penderma darah telah dilakukan pada seekor kuda di UVH.

Antara cabaran terbesar sepanjang penjagaan anak kuda itu adalah memastikan imuniti pasif meningkat melalui terapi plasma supaya ada keimunan terhadap jangkitan kuman. - UPM

SXMWQA3~