???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Bidang pertanian UPM penting, jamin sekuriti makanan Negara

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Apabila disebut sahaja pertanian, stigma terhadap bidang itu masih mendapat presepsi masyarakat yang melabelkan ‘tiada masa depan’ walaupun hakikatnya sektor pertanian kepada negara adalah penting dalam sumbangan kepada pendapatan negara.

Dalam Prestasi Ekonomi Malaysia pada suku tahun pertama 2022 yang dikeluarkan pada 13 Mei 2022 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi ekonomi pada suku tahun pertama 2022 dari segi penawaran adalah dipacu oleh pertumbuhan berterusan sektor Perkhidmatan, Pembuatan dan Pertanian.

Majlis Pemulihan Negara (MPN) juga mengesyorkan Malaysia kembali menjadi negara pertanian bagi mengatasi masalah bekalan makanan untuk kurang bergantung kepada negara lain dalam laporan Berita Harian, 14 Jun 2022.

Pengarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFos), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohd Rafii Yusop berkata pertanian adalah satu bidang yang sangat penting kerana pertanian adalah untuk menjamin sekuriti makanan negara.

“Walaupun pertanian ini dilihat sebagai pekerjaan yang agak berat dan ‘comot’ ianya adalah salah satu aktiviti ekonomi negara yang penting bagi pengeluaran makanan, ternakan dan sebagainya,” katanya.

Katanya, sekuriti makanan juga menjamin keharmonian negara dan tanpa makanan boleh mengakibatkan penduduk huru-hara seluruh dunia.

Prof. Dr. Mohd Rafii berkata program pertanian UPM meningkat ke tangga 36 Agricultural Science adalah terbaik di peringkat dunia telah membuktikan UPM adalah institusi pengajaran pertanian yang unggul.

“UPM bukan sahaja menjadi pengeluar graduan pelajar malah pengkhususan pertanian serta mempunyai pakar-pakar pertanian serta salah satu fokus universiti iaitu bagaimana kita boleh menghasilkan produk-produk seperti varieti tanaman baharu, baja, kawalan pertanian pintar serta yang berkaitan dengan teknologi tinggi pertanian,” katanya.

Beliau yang juga pakar dalam bidang pembiakbakaan dan genetik berkata kepentingan kepakarannya adalah untuk menghasilkan varieti tanaman yang sangat diperlukan oleh negara bagi meningkatkan hasil tanaman antaranya padi, kelapa sawit dan juga sayur-sayuran.

Prof. Dr. Mohd Rafii berasal dari Pasir Salak, Perak telah menghasilkan dua varieti baharu padi iaitu PUTRA 1 yang mempunyai ciri-ciri yang berhasil tinggi dan tahan kepada penyakit padi manakala PUTRA 2 adalah varieti yang berhasil tinggi yang boleh mencapai 8 hingga 11 tan mengikut kesuburan tanah sawah berkenaan serta tahan kepada banjir kilat selama 14 hari.

Pada masa ini varieti kedua padi tersebut telah dikomersialkan dan sedang ditanam oleh pesawah-pesawah padi di seluruh jelapang padi negara terutamanya di Semenanjung Malaysia serta benih padi berkenaan telah mendapat perakuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Ttitipan nasihat beliau kepada graduan UPM adalah untuk menceburkan diri dalam aktiviti ekonomi bidang pertanian dan dalam keusahawanan terutamanya dalam bidang pengeluaran makanan.

“Graduan UPM sebenarnya secara langsung dapat membantu ekonomi negara serta memodenkan pertanian dengan adanya pengetahuan serta berpendidikan terutamanya dalam penggunaan teknologi moden pertanian dapat meningkatkan pertanian negara ke seantero dunia,” katanya. - UPM

SXMWRAt~