???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPMKB universiti awam pertama ternak lembu Bali tingkat pembelajaran pengurusan perladangan

 
BINTULU, 28 Oktober – Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) merupakan universiti awam yang pertama menternak Lembu Bali bagi tujuan pembelajaran pengurusan perladangan dan penyelidikan.
 
Menurut Pegawai Pertanian Kanan UPMKB, Dr. Zaidi Suif berkata penternakan Lembu Bali di sini bermula sejak 2011 lagi bagi tujuan mempelbagaikan baka-baka ternakan lembu untuk pembelajaran selain baka Brahman dan Fidlot.
 
"Di UPMKB kita mempunyai sebanyak 50 ekor lembu Bali dan sentiasa meneruskan pembiakannya kerana mendapat sambutan pasaran daripada orang luar untuk membeli bakanya serta daging lembu ini.
 
"Uniknya lembu ini adalah kerana rasa dagingnya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Sebagai contoh, di Indonesia mereka mempunyai pasaran daging lembu Bali yang tersendiri dan dieksport ke Jepun," katanya.
 
 
Mengulas lanjut, Dr. Zaidi berkata lembu jenis ini perlu sentiasa didekati dan dipegang kerana habitat asalnya adalah liar seperti Seladang dan memiliki ciri lasak seperti tahan kepada cuaca, kelembapan yang tinggi dan tahan dari segi parasit dalaman dan luaran.
 
"Cara untuk menjinakkannya perlu sentiasa rapat dengan lembu ini seperti selalu memegang haiwan ini kerana apabila kita jarang pegang, lembu Bali akan menjadi sangat liar.
 
"Lembu bali juga seperti rusa apabila merasakan tekanan dan takut haiwan ini akan merempuh sahaja apa yang ada disekeliling selain boleh melompat pagar," katanya.
 
Oleh hal yang demikian, Dr. Zaidi berkata perkara utama yang perlu dititik beratkan ketika menternak Lembu Bali ialah membuat pagar yang tinggi bagi mengelakkan lembu ini melompat keluar dan merosakkan tanaman.
 
Dalam pada itu, pihak UPMKB juga menawarkan kursus jangka pendek penternakan Lembu Bali kepada orang awam dan berjaya mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat termasuk peserta dari Kuching, Kabong, Sarikei, Saratok, Sibu, dan Miri. – UPM

SXMWRAr~