???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM Usaha Didik Masyarakat Kepentingan Kesihatan Mental

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 


 

SERDANG, 21 Oktober - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Pengajian Pendidikan telah menganjurkan ‘UPM International Academia Charity Run 2024’ bagi usaha mendidik masyarakat tentang kepentingan kesihatan mental.

 

Program yang bertemakan ‘Mental Health Matters: Together, We Care’ disertai seramai 500 lebih peserta dari pelbagai peringkat pendidikan dalam membina hubungan bersama serta mengenali peranan dan kepentingan institusi pengajian tinggi melalui larian amal ini.

 

Peserta yang terlibat ialah dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej vokasional, sekolah berasrama penuh sehinggalah peringkat pendidikan tinggi termasuk orang awam bagi mendidik pelbagai lapisan masyarakat.

 

 

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail berkata  kesihatan mental dalam kalangan masyarakat semakin membimbangkan kerana masih wujud stigma yang kuat terhadap masalah kesihatan mental, menyebabkan individu enggan mendapatkan bantuan.

 

“Program ini bertujuan memperkuatkan kerjasama antara sektor awam, swasta, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mencipta program dan inisiatif kesihatan mental yang berkesan serta kepentingan pendidikan tinggi dalam pembangunan masyarakat dan negara secara holistik.  

 

“Dengan melibatkan semua pihak institusi, organisasi, dan masyarakat boleh membantu kita dalam membina persekitaran yang menyokong kesejahteraan mental dan meningkatkan kualiti hidup individu,” katanya.

 

 

Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Dr Siti Sabihah Ghazali berkata program larian amal ini merupakan langkah permulaan mendidik pelbagai lapisan masyarakat dan juga mengambil inisiatif dalam membuka pintu universiti kepada pelbagai peringkat masyarakat untuk mengetahui peranan dan kepentingan institusi pendidikan tinggi.

 

“Ia juga merupakan langkah awal UPM melalui Fakulti Pengajian Pendidikan dalam memupuk minat pelajar sekolah khususnya untuk melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi melalui penganjuran program ini.

 

“Program ini bukan sahaja fokus cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga mempunyai kemahiran kepimpinan yang selari dengan matlamat pertama UPM iaitu melahirkan watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang,” katanya.

 

 

Dalam pada itu, negara pernah dikejutkan dengan laporan kajian selidik oleh Jabatan Perangkaan di mana lebih 70 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak berminat menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

 

Institusi pendidikan tinggi berfungsi sebagai pusat untuk menyebarkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kesihatan mental dan isu sosial lain dalam memahami serta menangani cabaran dalam masyarakat.

 

Program ini mendapat kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM, Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA) dan Curves Malaysia.

SXMWQAL~