???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM tubuh Pusat Satelit Super China (CSSC ) pertama di China

FUZHOU, 12 Okt – Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pingtan Institute of Xiamen University telah melancarkan Pusat Satelit Super China (CSSC ) UPM-XMUPT yang pertama di China.

Penubuhan pejabat satelit itu merupakan inisiatif UPM dalam memperkasa kerjasama akademik dan penyelidikan antara dua negara melalui perjanjian persefahaman yang telah terjalin sebelum ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail berkata, kerjasama UPM dengan Pingtan Institute of Xiamen University merupakan inisiatif untuk memperkasa kerjasama akademik dan penyelidikan antara dua negara melalui penubuhan pejabat satelit.

“Inisiatif ini juga dapat memupuk pertukaran pengetahuan serta kepakaran selain membuka ruang kepada aktiviti mobiliti pelajar dan staf secara timbal balas bersama XUMPT.

“Penubuhan pejabat satelit UPM di China yang pertama ini menjadi simbol ikatan dua negara bagi memudah cara aktiviti akademik secara pesisir, penyelidikan kolaboratif, pertukaran budaya, pemindahan teknologi, advokasi dasar dan program mobiliti pelajar,’’ katanya.

Sebelum ini, UPM turut membuka kampus satelitnya di Pusat Satelit Super UPM-Kyutech (JSSC) di Kampus Wakatmatsu Kyutech, Jepun yang menjadi simbol persahabatan dan kebersamaan Malaysia dan Jepun.

Beliau berkata, pemilihan XUMPT bertepatan dengan hasrat UPM untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang akademik dengan China dan juga negara serantau yang lain.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Timbalan Datuk Bandar Pingtan, He JIeming sebagai usaha mempromosi kemasukan pelajar antarabangsa seiring dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi global menjelang tahun 2025.

Turut hadir, Rektor XUMPT, Profesor Madya Dr. Lin Fan, Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) UPM, Profesor Dr. Bany Ariffin Amin Noordin dan Timbalan Dekan Siswazah SPE UPM, Profesor Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed.

SXKSQAW~