???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM tingkat amalan teknologi hijau menerusi MoU dua industri

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
Foto: Noor Azreen Awang 
 
 
 
SERDANG, 27 Feb - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Fakulti Sains (FS) menjalin kerjasama erat bersama pihak industri bagi mempertingkatkan amalan teknologi hijau di universtiti ini.
 
Dekan FS, Prof. Madya Dr. Nor Azwady Abd Aziz berkata bagi mencapai usaha itu pihaknya telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama EarthTech Energy Sdn Bhd dan Eragene ICT Sdn Bhd.
 
“Sempena Sambutan Jubli Emas FS hari ini, dua MoU kita tandatangan bagi membina rangkaian baik antara UPM khasnya fakulti ini dengan pemain industri teknologi hijau bagi meneraju masyarakat yang lebih sejahtera.
 
“EarthTech Energy Sdn Bhd memfokuskan kajian berkaitan photovoltaic (PV) dan sistem solar di UPM manakala Eragene Sdn Bhd pula memberi peluang kerjasama dalam penggunaan sistem internet pelbagai benda (IoT) dengan menggunakan tiang lampu pintar,” katanya.
 
 
Katanya, penglibatan antara pihak industri menerusi pembelajaran dan pengajaran bersama pelajar di dalam kelas akan mengingkatkan lagi kebolehpasaran pelajar kelak selain mendedahkan keperluan industri kepada mereka.
 
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Profesor Dr. Zamberi Sekawi berkata kerjasama ini dapat mencapai matlamat pelan strategik UPM untuk mempraktiskan kemampanan amalan kelestarian hijau.
 
 
“MoU ini juga selari dengan misi UPM untuk memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kemakmuran dan pembangunan negara serta kesejahteraan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu,” katanya. -UPM

SXKSTAj~