???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Pelajar UPM terbabit rumah terbakar terima sumbangan dari UPM

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mohammad Izrul Abd Jabar

 

MUAR, 8 Mac - Pelajar tahun satu, Bacelor Sains Kimia Dengan Pendidikan, Norfathiah Muhamad Muzzamil serta ahli keluarganya yang terbabit  dalam kebakaran pada Februari lepas menerima sumbangan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Naib Canselor UPM, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyantuni Fathiah serta ahli keluarganya di Lorong Haji Turot, Parit Sakai Darat, Muar Johor, di sini, hari ini.

YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan berkata sumbangan itu disalurkan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Fakulti Sains dan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).

"Seluruh warga UPM menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Fathiah. Berat mata memandang berat lagi yang memikul dan kita doakan semoga beliau serta ahli keluarganya dipermudahkan segala urusan dan baik-baik sahaja.

"Diharapkan bantuan kewangan, barangan keperluan makanan dan sebuah komputer riba untuk Fathiah ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau dan ahli keluarganya," katanya.

Sementara itu, Fathiah yang merupakan anak sulung daripada enam beradik ini berkata ketika kebakaran berlaku beliau sedang menunggu ibu bapanya untuk mengambilnya pulang di kolej kediaman UPM.

"Apabila saya pulang, rumah saya sudah terbakar dan ayah saya tidak dapat mengambil saya kerana menguruskan rumah. Syukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

"Saya anggap ujian ini sebagai penguat semangat saya untuk terus belajar dan menuntut ilmu untuk berbakti kepada ibu bapa saya kelak," katanya. -UPM

SXMWQAw~