Penyelidik UPM memenangi Anugerah Utama Malaysia Technology
Expo (MTE) 2021, serta merangkul lima pingat emas, lapan perak, tiga Anugerah Terbaik
Kategori dan dua Anugerah Khas pada The International Expo on Inventions and
Innovations – Malaysia Technology Expo (MTE) 2021 Virtual Event yang berlangsung dari
22 hingga 26 Mac.
Prof. Madya Dr. Farzad Hejazi dari Fakulti Kejuruteraan dianugerahkan pingat emas dan
Anugerah Khas MOSTI Best Innovation Award bagi teknologi Semi-active Bypass Viscous
Damper (SAB). Anugerah Khas MOSTI Best Innovation Award merupakan anugerah utama
MTE 2021 bagi inovasi terbaik yang dipilih oleh MOSTI.
Teknologi Semi-active Bypass Viscous Damper (SAB) merupakan teknologi yang digunakan
di jambatan dan bangunan untuk menghilangkan kesan getaran kerana beban lalu lintas
pada struktur.
Fungsi SAB Damper ini dapat disesuaikan bergantung pada beban lalu lintas yang
diaplikasikan dan peranti dapat menyesuaikan fungsinya untuk mengurangkan efek getaran
secara efektif pada beban lalu lintas yang rendah, sederhana dan berat untuk mencegah
kerosakan struktur semasa berfungsi.
UPM menghantar 14 penyertaan bagi kategori Invention and Innovation Awards pada
pameran MTE 2021 yang turut disertai oleh universiti, agensi penyelidikan, institusi
pendidikan tinggi, agensi kerajaan, syarikat dan sekolah dari dalam dan luar negara.
MTE 2021 dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin,
manakala penyampaian anugerah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Sementara itu, Ts. Dr. Mohd Salahuddin Mohd Basri (Fakulti Kejuruteraan) pula memenangi
Anugerah Khas MTUN TVET International Award bagi teknologi New Harvesting Machine
for Agrivoltaic Herbal Crops Based on Reel-Wheel Rotating Mechanism.
Berikut adalah penyelidik UPM yang memenangi pingat emas, perak dan Anugerah Khas
pada MTE 2021 kategori Invention and Innovation Awards;
1. Prof. Madya Dr. Farzad Hejazi (Fakulti Kejuruteraan), Semi-active Bypass Viscous
Damper (SAB) - Pingat Emas, Anugerah Khas MOSTI Best Innovation Award dan
Anugerah Inovasi Terbaik Kategori Mesin, Peralatan dan Alat (Peralatan Berat,
Mesin Industri).
2. Prof. Dr. Ahmed Osumanu Haruna (Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPM
Kampus Bintulu), Organic and Inorganic Approaches For Improving Soil Health And
Cash Crops Yield And Quality – Pingat Emas, Anugerah Inovasi Terbaik – Kategori
Pertanian, Ternakan & Hortikultur, Akuakultur & Perikanan.
3. Prof. Ts. Dr Rosnah Shamsudin (Fakulti Kejuruteraan), VERSMAP - Pingat Emas.
4. Prof. Madya Dr. Farzad Hejazi (Fakulti Kejuruteraan), Rubber Bracing Damper (RBD)
- Pingat Emas
5. Prof. Madya Dr. Nurulfiza Mat Isa (Institut Biosains), CRISPRvac cfUPMT27 A Fowl
Adenovirus Vaccine - Pingat Emas.
6. Ts. Dr. Mohd Salahuddin Mohd Basri (Fakulti Kejuruteraan), New Harvesting
Machine for Agrivoltaic Herbal Crops Based on Reel-Wheel Rotating Mechanism –
Pingat Perak dan Anugerah Khas MTUN TVET International Award.
7. Prof. Madya Dr. Siti Nurbaya Oslan (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul),
LipExPS: A probabilistic and validated platform for recombinant lipase expression in
Pichia pastoris for industrial application – Pingat Perak dan Anugerah Inovasi Terbaik
Kategori Perancangan Industri dan Produk, Rekabentuk & Percetakan Interface Web
Teknologi.
8. Dr.Mohammad Jawaid (Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan), Techno
Economic Hard Body Armour - Pingat Perak.
9. Prof. Dr. Robiah Yunus (Fakulti Kejuruteraan), Palm oil-based Nanoemulsion in
water (EW) Insecticide - Pingat Perak
10. Prof. Dr. Hamidon Basri (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Neuroprotective
effect of Andrographis paniculata Against Chemotherapeutic-Induced Cognitive
Impairment and Peripheral Neuropathy - Pingat Perak.
11. Dr. Ilyana Jalaluddin (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi), E-Language
Exploration Series 2020) - Pingat Perak.
12. Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali (Fakulti Kejuruteraan), LoRa Optimization for Peatland
Monitoring - Pingat Perak.
13. Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi),
Lajur Ampuh Membaca Bahasa Melayu (LAMBM) - Pingat Perak.
14. Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini (Fakulti Sains Pertanian dan Makanan,
UPMKB), Prebiotic Coffee – Anugerah Merit.