???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM terima kunjungan Dato?€? Seri Mohamed Khaled Nordin

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar 

SERDANG, 27 Januari – Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mengadakan perbincangan mengenai hala tuju serta nic UPM dalam pengajaran, penyelidikan dan peranan universiti membantu negara menangani krisis makanan negara. 

Kunjungan itu dihadiri oleh pengurusan tertinggi KPT bersama pengurusan UPM serta wakil pemimpin UPM.

Dato’ Seri Mohamed Khaled berkata harapan beliau untuk melihat UPM terus utuh dalam pengajian dan penyelidikan sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk sektor pendidikan tinggi negara yang berkualiti serta meyakinkan pelajar luar negara untuk menyambung pengajian di Malaysia.

“Ini secara langsung membantu KPT dalam menjayakan sektor pendidikan negara dan setiap institusi pengajian tinggi mempunyai peranan dan kekuatan untuk menyumbang ilmu serta penyelidikan di dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata, UPM mempunyai peranan untuk melihat  bagaimana negara  terkesan  dari cabaran ketidakcukupan makanan serta bagaimana mengatasi isu tersebut yang kini menjadi salah satu isu negara yang penting.

“Saya percaya dengan segala kekuatan yang ada pada UPM dari segi tenaga akademik serta   penyelidikan bersama dengan industri dan masyarakat boleh berperanan membantu negara dalam berhadapan dengan cabaran keterjaminan makanan pada hari ini,” katanya.

Beliau juga menyatakan dengan kekuatan UPM yang mempunyai pelbagai hasil penyelidikan boleh menyediakan    program-program yang kukuh kepada masyarakat melalui social entrepreneurship dan juga social innovation.

“Ini adalah penting untuk universiti membawa penemuan-penemuan ilmu penyelidikan yang baharu kepada masyarakat untuk menjayakan negara serta perlu menunjukkan peranan universiti untuk umum percaya dengan kualiti pengajian tinggi negara,” katanya.

Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata kunjungan itu adalah sangat bermakna kerana ini membuktikan UPM sentiasa mendapat perhatian kerajaan terutamanya dalam sektor pertanian sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025.

“UPM komited untuk bersama-sama berganding bahu dalam memastikan agenda pertanian dan keterjaminan makanan serta kolaborasi dan pertukaran ilmu penyelidikan untuk kemapanan kelestarian pertanian yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Sebelum ini, UPM diberikan mandat oleh KPT untuk membangunkan Program Bacelor Teknologi Pertanian Pintar bagi memenuhi hasrat menghasilkan graduan yang bakal menerajui sektor pertanian pintar negara.

Dato’ Seri Khaled turut mendengar pembentangan mengenai Fokus dan Pencapaian UPM berkaitan Keberhasilan dan Impak Penyelidikan UPM dalam Memperkasakan Pertanian dan Keselamatan Makanan serta Impak Inisiatif Jaringan Komuniti dan Industri di UPM ke Arah Memperkasakan Pertanian dan Keselamatan Makanan Negara yang disampaikan oleh Pengurusan UPM.

Dalam pada itu, YB Menteri turut dibawa berkunjung ke reruai pameran kluster Pertanian UPM untuk meninjau produk pertanian UPM. - UPM

SXMWPA1~