???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM PERTAHAN TAKHTA JUARA SUKUM

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
 
 
KOTA KINABALU, 16 Ogos – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya mengekalkan status juara keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-45 yang telah berlangsung di Universiti Malaysia Sabah dari 8 hingga 16 Ogos 2024.
 
Kontinjen UPM memungut 15 pingat emas, 16 pingat perak, dan 13 pingat gangsa, sekaligus meneguhkan kedudukan mereka sebagai juara keseluruhan untuk tahun kedua berturut-turut.
 
Pungutan pingat itu menewaskan Universiti Sains Malaysia (USM) yang berada di tempat kedua dengan 15 emas, 10 perak dan 18 gangsa.
 
Ketua kontinjen, yang juga Pendaftar UPM, Muhazam Mansor meluahkan rasa syukur atas kecemerlangan UPM dalam mengekalkan kedudukan johan keseluruhan.
 
 
 
"Tahniah dan terima kasih jua kepada pengurusan tertinggi UPM dan seluruh warga UPM kerana telah memberi sokongan padu serta motivasi tinggi buat para atlet sepanjang kejohanan berlangsung.
 
"Kontinjen UPM diwakili oleh semua staf tanpa mengira jawatan termasuklah ahli akademik, staf sokongan bahkan ketua-ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)," katanya.
 
Pencapaian cemerlang UPM menonjolkan komitmen dan semangat juang yang tinggi dalam mempersembahkan prestasi terbaik sepanjang kejohanan ini berlangsung.
 
 
 
 
Jelasnya, kejayaan ini bukan sahaja membanggakan institusi, tetapi juga memberi inspirasi kepada seluruh warga UPM untuk terus mencipta kejayaan di masa hadapan.
 
"Harapan saya agar pada edisi SUKUM yang akan datang, pasukan UPM akan terus mengekalkan kejuaraan dan meningkatkan pungutan emas dengan lebih banyak berbanding sebelum ini," ujarnya.
 
Sementara itu, SUKUM ke-46 akan dianjurkan di Gong Badak, Terengganu melalui Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai tuan rumah. -UPM

SXKSSA1~