???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM anjur FaSSA Entrepreneurial Scientist 1.0

 

Oleh: Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, Nurul Wahida Mohd Shuhaimi

SERDANG, 7 Mac – Dalam mengatasi penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda  dan usaha untuk terus kekal berhubung dengan pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Sains (FS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains (FaSSA) dengan kerjasama Fakulti Sains dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPM telah menjayakan FaSSA Entrepreneurial Scientist 1.0.

Matlamat utama program adalah untuk mendidik pelajar terutama pelajar Fakulti Sains mengenai ilmu perniagaan dan keusahawanan yang boleh dijadikan platform utama atau sampingan dalam merancang strategi kelangsungan hidup apabila bergraduasi kelak.

Program itu menarik minat bukan hanya pelajar dari UPM malah juga dari institusi pengajian lain. Seramai 1,149 penyertaan dicatat dan 42 daripadanya adalah penyertaan dari luar UPM.

Penyertaan dari kalangan pelajar UPM terdiri daripada pelbagai fakulti termasuk Fakulti Sains, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, serta Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, manakala penyertaan dari luar UPM adalah daripada pelajar pelbagai IPTA termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Scientist Into Entrepreneur, Empower Your Business dan What’s Your Dream Business? yang mendatangkan panel jemputan luar yang berpengalaman.

FaSSA Entrepreneurial Scientist 1.0 juga merupakan platform yang sesuai untuk pelajar merancang strategi kelangsungan hidup apabila bergraduasi kelak terutama dalam persiapan untuk menempuh alam pekerjaan.

Untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda, program telah berlangsung secara maya sepenuhnya menggunakan platform YouTube Channel FaSSA iaitu FaSSA Studio yang merupakan platform maya utama dan efektif untuk medium berkomunikasi dengan orang lain di atas talian.

Program ini melabuhkan tirainya pada 7 Mac 2021 yang diakhiri dengan ucapan Dekan FS, UPM, Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman.  Peserta memberi banyak respons positif terhadap program dan amat berpuas hati dengan konten yang program, dan berpendapat program telah membimbing mereka untuk mempersiapkan diri bagi merancang strategi kelangsungan hidup dengan lebih teratur dan efektif.

Penasihat program, Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir amat teruja kerana program itu mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penonton siaran langsung yang mencecah kira-kira 2,600 jumlah tontonan di FaSSA Youtube Studio. Ia mungkin akan diteruskan untuk semester akan datang.

Pengarah program, Aslam Faiz berkata persiapan untuk mengendalikan program secara maya itu amat mencabar, tetapi ia bukan alasan untuk pelajar berhenti dari mencuba untuk menyesuaikan dan menyerlahkan potensi diri dalam keadaan norma baharu ini.

“Saya amat berharap agar FaSSA Entrepreneurial Scientist 1.0 yang dianjurkan ini dapat melatih pelajar UPM khususnya pelajar FS, UPM untuk mempersiapkan diri dengan tuntutan dan cabaran sebelum masuk ke alam industri apabila sudah bergraduat nanti lebih-lebih lagi dalam situasi norma baharu,” katanya. - UPM

 

SXMWPA~