???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM, NXP JALIN MoU PERKASA JARINGAN INDUSTRI SEMIKONDUKTOR DAN ELEKTRONIK

SERDANG, 3 Oktober - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat NXP Malaysiamenerusi Fakulti Kejuruteraan (FK) melalui Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasakan jaringan industri semikonduktor dan elektronik.

 

 

 

Majlis pertukaran MoU itu turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang menyaksikan dan merasmikan Makmal Kerjasama UPM-NXP yang menempatkan mesin pengikat wayar berteknologi tinggi untuk kegunaan pelajar dan penyelidik UPM.

 

 

 

Naib Canselor UPM , Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, melalui kolaborasi ini, UPM dapat membangunkan makmal penyelidikan yang membolehkan akses kepada peralatan canggih dan sumber penyelidikan terkini sejajar dengan industri masa kini.

 

 

 

“Kerjasama ini juga adalah sebahagian daripada usaha UPM membawa suasana industri ke universiti bagi memperkasakan pelajar sewaktu sesi pembelajaran sebelum menyertai industri serta memberi impak positif hubungan baik universiti dengan industri.

 

 

 

“Kolaborasi ini juga memberi pendedahan serta peluang kepada pelajar dari segi kerjaya untuk bekerja dengan teknologi kini bagi merapatkan jurang antara pengetahuan teori dan aplikasi praktikal dan ada dua graduan UPM dari FK yang telah diserap bekerja bersama NXP,” katanya.

 

 

Dekan Fakulti Kejuruteraan, UPM, Profesor Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir berkata, penyepaduan mesin ini akan mempertingkatkan pengalaman pembelajaran para pelajar serta memberikan mereka peluang untuk menerapkan teori yang dipelajari dan aplikasi praktikal dalam industri.

 

 

 

“Pelajar juga dapat mengembangkan kemahiran komunikasi dan kerjasama untuk kejayaan dalam dunia profesional serta mempersiapkan mereka untuk beradaptasi dengan persekitaran kerja yang berbeza,” katanya.

 

 

 

Sementara itu, Pelajar Bacelor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan Kepujian, FK, UPM, Sivarubini Macelamany berkata dengan adanya makmal itu boleh membantu memperkukuhkan pengajaran amali yang sejajar dengan keperluan industri.

 

 

 

“Dengan adanya fasiliti ini  saya mendapat gambaran sebenar industri serta bukan sahaja mempelajari teori malah secara praktikal bagi memperkukuhkan pemahaman dan kemahiran,” katanya.

 

 

SXMWUAV~