???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM, MAFF Bincangkan Isu Strategik Keterjaminan Makanan

 

SERDANG, 14 November- Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Kementerian Pertanian, Perhutanan, dan Perikanan (MAFF), Jepun telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu strategik berkaitan keterjaminan makanan, kelestarian pertanian, dan kerjasama teknologi.

 

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata pertemuan ini merupakan sinergi dalam memperkukuhkan keterjaminan makanan di Malaysia dalam menangani isu sekuriti makanan dan kemiskinan di rantau Asia.

 

“UPM yang diberikan mandat sebagai peneraju keterjaminan makanan, menjadikan ini sebagai sinergi memperkukuhkan industri pertanian, sekaligus memperlihatkan peranan universiti yang memberikan manfaat kepada masyarakat,

 

“Pertemuan ini turut membuka ruang kepada potensi kerjasama dalam penyelidikan, perkongsian kepakaran, serta program latihan industri pelajar antara universiti, kementerian, dan sektor pertanian kedua-dua negara dalam meningkatkan hasil sumber makanan

 

Sementara itu, beliau berkata UPM juga berhasrat untuk memperkasakan hubungan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Malaysia bagi jalinan kerjasama dua hala yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

 

 

Pertemuan singkat itu turut menyentuh berkaitan pelan tindakan Blueprint Keterjaminan Makanan UPM serta peranan universiti dalam Nexus Keterjaminan Makanan yang menggariskan inisiatif utama dalam keterjaminan makanan dengan fokus pada penyelidikan berinovasi.

 

“di Jepun, mereka telah mempunyai dasar yang menyokong pertanian tempatan bagi mengurangkan kebergantungan bekalan dari luar serta persaingan dalam industri”, jelasnya.

 

Beliau berkata, perbincangan yang sangat bermakna itu yang turut dikongsikan bagaimana Kerajaan Jepun menangani pertikaian tanah antara sektor perhutanan dan pertanian dalam usaha memastikan kelestarian ekosistem.

 

Turut hadir dalam perbincangan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Arifin Abdu, Pengarah Pejabat Dasar Teknologi, Kementerian Pertanian Jepun, Daisuke SAIGA, Penolong Pengarah Pejabat Dasar Teknologi (Pertanian Pintar),Takuma Kojima, Penolong Pengarah MIDORI Food System Strategy Group, Daisuke Takahashi.

SXMWKAS~