???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM lancar Buku Modul Sukarelawan Terapi Berkuda RDA-UPM

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

 

SERDANG, 10 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini telah melancarkan Buku Modul Sukarelawan Terapi Berkuda Persatuan Menunggang Bagi Orang Kurang Upaya Malaysia (RDA)-UPM bagi menyediakan manual untuk melatih sukarelawan terapi berkuda di Malaysia.

 

Buku tersebut direalisasikan dengan kerjasama antara UPM dan RDA yang akan memberi manfaat kepada masyarakat dalam memahami terapi berkuda kepada OKU melalui Memorandum Persefahaman (MOU) UPM bersama RDA Malaysia yang terjalin sejak Mei 2019.

 

Buku Modul Sukarelawan Terapi Berkuda ini telah ditulis oleh Ketua Jabatan di Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Ladang dan Eksotik, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Prof. Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin bersama Ketua Jurulatih Terapi Berkuda, RDA Malaysia, PW (B) Muthusamy a/l Kandasamy.

 

Selain itu, kerjasama yang melibatkan pakar dari UPM dan jurulatih RDA turut mendapat sokongan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang boleh digunakan oleh masyarakat umum, terutamanya sukarelawan RDA sendiri.

 

 

 

Dalam perancangan lagi, video modul terapi berkuda secara interaktif akan dibangunkan bagi membantu serta memudahkan proses pembelajaran terapi berkuda kepada sukarelawan pelajar UPM dan juga masyarakat.

 

Sementara itu, pelancaran buku ini telah dirasmikan oleh Presiden RDA Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah, Pusat Hubungan dan Jaringan Industri, UPM, Prof. Madya Ts. Dr. Amir Syahir Amir Hamzah.

 

Turut hadir, Pengerusi Majlis Ekuin Malaysia, Y.A.M Tengku Syariff Temenggung Perlis Dato Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalluil dan Presiden Persatuan Pegawai Akademik, UPM, Prof. Dr. Jalila Abu.

SXKSTAq~