???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM, KYUTECH kerjasama perkenal inovasi terkini

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

 

SERDANG, 18 November - Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerjasama dengan Kyutech Institute of Technology (Kyutech) telah mengadakan 12th International Symposium on Applied Engineering and Sciences (SAES2024) untuk memperkenalkan trend dan inovasi terkini dalam penyelidikan.

 

 

Program SAES 2024 yang diadakan di Kampus Tobata, Kyutech itu bertujuan menyediakan platform kepada penyelidik dan pelajar serta membuka pelbagai peluang untuk meningkatkan rangkaian akademik antarabangsa.

 

 

Seramai 300 peserta yang terlibat dari Kyutech, 22 pelajar mobiliti UPM termasuk enam universiti lain membentangkan kertas kerja penyelidikan mereka dalam bidang Sains Biologi dan Hayat, Sains Bioperubatan, Sains Komputer, Kejuruteraan dan Teknologi serta Sains Bahan bagi memupuk rangkaian akademik antarabangsa.

 

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata persidangan itu turut menyokong pembangunan ekosistem penyelidikan global dengan menghubungkan penyelidik dari pelbagai negara untuk penyelesaian masalah serta meningkatkan daya saing global.

 

 

Sementara itu, dalam persidangan itu, UPM dan Kyutech turut memperbaharui jalin kerjasama melalui meterai perjanjian persefahaman (MoU) antara kedua-dua institusi.

 

 

“Perjanjian ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan sedia ada tetapi juga membuka pintu untuk kerjasama yang lebih luas dengan salah satu universiti bidang sains dan teknologi terkemuka di Jepun.

 

 

“Ia juga mengiktiraf hubungan yang telah terjalin dengan Kyutech dan meluaskan kerjasama dalam bidang baharu selain dapat memperkasakan pengantarabangsaan program akademik khususnya di peringkat siswazah,” katanya.

 

 

SAES 2024 merupakan kepercayaan bersama dalam membangunkan pelajar berdaya tahan meneroka kejayaan serta mempromosikan pengetahuan pada skala global melalui kerjasama dengan menawarkan Program Double Master dan PhD.

SXMWQAK~