???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM, JPSM dan FRIM anjur ICER2023 bincang amalan baik pemulihan ekosistem

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

Foto: Sabri Omar

 

BANGI, 31 Okt - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FPAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan 'International Conference On Ecosystem Restoration 2023' (ICER2023) bagi membincangkan amalan baik pemulihan ekosistem.

Pengarah program, Prof. Dr. Mohamad Azani Alias berkata ICER2023 dianjurkan adalah untuk bertukar-tukar pengalaman mengenai amalan baik pemulihan ekosistem, mengukuhkan dan meningkatkan peranan perhutanan dalam mencapai matlamat pembangunan mampan di kalangan ahli akademik, saintis, pengamal dan kerajaan.

"Konferensi ini adalah platform untuk memberi penekanan yang besar kepada penemuan saintifik penyelidikan perhutanan. Antara perkara yang dibincangkan ialah pemulihan dan pemuliharaan, bio-indikator untuk pemulihan ekosistem, peluang dan cabaran komuniti hutan dan teknologi pemantauan alam sekitar dan hutan.

 

"Persidangan ini menggalakkan kita berfikir secara meluas tentang hala tuju dan peranan yang perlu dilaksanakan dalam memastikan keberkesanan pemulihan, tebus guna dan pemulihan kawasan hutan yang terdegradasi," katanya.

ICER2023 turut disertai peserta dari Indonesia dan Jepun yang mewakili pelbagai kepakaran dalam bidang ini bagi berkongsi hasil penyelidikan dan pengalaman agar boleh dipraktikan untuk pemulihan ekologi kawasan hutan terdegradasi di Semenanjung Malaysia.


Selain itu, konferensi ini juga menggalakkan para penyelidik menentukan hala tuju dan peranan yang perlu dimainkan dalam memastikan keberkesanan pemulihan, tebus guna dan pemulihan kawasan hutan yang terdegradasi. -UPM

 

SXMWQA4~