???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM laksana tempahan makanan secara online

Oleh Azman Zakaria

Foto oleh Mohd Hasrul Hamdan

SERDANG, 22 Feb - Melalui pesanan dalam talian (online), pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) kini boleh mendapatkan makanan tengah hari dan malam, yang terus dihantar kepada mereka tanpa perlu untuk mereka pergi ke kafe atau gerai makanan.

Perkhidmatan penghantaran makanan yang dipanggil ‘Putra Food Delivery’ yang julung kali diperkenal dan dilaksanakan itu, adalah satu transformasi penyediaan makanan bertujuan menjimatkan masa pelajar yang sememangnya sibuk dengan rutin harian dan memudahkan pelajar yang tidak berkenderaan.

Ia juga satu bentuk penerokaan platform keusahawanan yang secara langsung mewujudkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar yang menjadi ‘delivery boy’  atau penghantar makanan, serta membantu mereka menjana pendapatan sampingan.

Program itu dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Majlis Perwakilan Pelajar UPM dengan kerjasama beberapa pengusaha makanan sekitar kampus UPM dan Serdang.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata tinjauan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti makanan yang disediakan pengusaha makanan terbabit sentiasa berada pada tahap yang baik.

Melalui perkhidmatan ‘Putra Food Delivery’ itu, mereka yang ingin membuat pesanan hanya perlu memakumkan jenis makanan, lauk dan minuman kepada aplikasi atas talian yang sedang dibangunkan mengandungi nombor-nombor telefon ‘delivery boy’. Pada masa ini pesanan dibuat menggunakan aplikasi WhatsApp.

Tempahan untuk makanan tengah hari dibuka dari jam 9 pagi hingga 11 pagi, dan makanan akan dihantar antara jam 1 tengah hari dan 2 petang, manakala untuk makan malam waktu tempahan dari 5 petang hingga 7 malam, dan makanan dihantar jam 8 hingga 9 malam. Harga makanan adalah dalam lingkungan kemampuan pelajar iaitu sekitar RM5. Perkhidmatan disediakan termasuk pada hujung minggu.

Prof. Dr. Mohd. Roslan berkata, seramai 13 pelajar menyatakan minat menjadi ‘delivery boy’ dalam tempoh beberapa hari sahaja sejak perkhidmatan itu diperkenalkan 20 Februari lalu.

Katanya, setiap ‘delivery boy’ hanya boleh menghantar tiga pesanan pada satu-satu masa kerana beg khas yang dicipta untuk diisi dengan bungkusan makanan itu hanya boleh memuatkan tiga set bungkusan makanan dan minuman. 

Idea untuk mengadakan ‘Putra Food Delivery’ itu lahir hasil pemerhatian yang mendapati ramai pelajar pergi ke luar kampus untuk membeli makanan, katanya sambil menambah bahawa ‘delivery boy’ mesti mempunyai motosikal dan lesen menunggang motosikal.

Pelajar tahun dua Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Asyraf Norhanif yang menjadi ‘delivery boy’ berkata, apa yang dilakukannya itu tidak menggangu pelajaran kerana kerja sampingan itu hanya dilakukan ketika waktu lapang dan ketika tiada kuliah.

“Selain dapat membantu rakan-rakan pelajar yang mahukan makanan terus dihantar kepada mereka, ini juga dapat menambah wang saku saya,” katanya. - UPM  

SXMXCA~