???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM, HUG Projects PLT meterai kerjasama pupuk kesedaran alam sekitar

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 20 Ogos – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Hugs PLT memeterai surat hasrat kerjasama bagi memupuk kesedaran alam sekitar dan khidmat masyarakat sebagai langkah permulaan untuk menjalinkan kerjasama bagi mengadakan program Associating Media in Education for Environmental Sustainability (AMEES).

 

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris berkata kerjasama itu menonjolkan UPM sebagai institusi awam pertama di Malaysia mengintegrasi media ke dalam pendidikan untuk menyampaikan kesedaran alam sekitar dan pembangunan mampan kepada pihak berkepentingan utamanya.

 

“AMEES berfungsi sebagai program pendidikan dan penyelidikan dengan memasukkan elemen media dalam pendidikan untuk menyampaikan kesedaran kemampanan alam sekitar.

 

“Dengan menggunakan cara yang sesuai untuk menyampaikan mesej pendidikan, ia boleh membentuk dunia esok yang lebih baik dengan melengkapkan masyarakat dengan pengetahuan untuk hidup dan bekerja dengan cara yang mampan bagi mengekalkan alam semula jadi,” katanya.

 

Media juga berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan saintis pemuliharaan dengan berjuta-juta orang di seluruh dunia, katanya sambil menjelaskan bahawa setiap langkah kecil dapat membawa perubahan besar kepada masyarakat.

 

“Dengan mengintegrasikan media, ia merupakan satu alat pendidikan yang berguna untuk menyampaikan kesedaran alam sekitar kepada generasi muda mengenai kepentingan alam sekitar dan pelbagai cara untuk melindunginya,” katanya.

 

Pengarah HUG Projects LPT, Mark Lee See Teck pula berkata HUG Projects PLT adalah platform bercerita digital pertama di Malaysia yang memberikan tumpuan kepada subjek alam sekitar dengan menyalurkan objektif panggilan untuk bertindak kepada penontonnya ke arah kesedaran alam sekitar dan penglibatan khidmat masyarakat.

 

“HUGprojects adalah pentas yang mempromosikan ideologi ‘Making a Positive EnvironMENTAL Change' dengan kekuatan media yang telah menghasilkan strategi cerita berinteraksi yang tersendiri kepada penontonnya dengan cara yang berkesan, di mana fakta-fakta masih diperolehi dan ia menarik minat kepada pihak berkepentingan utamanya,” katanya.

 

Beliau berkata, media adalah alat yang berguna dan sering diabaikan kepentingannya sebagai alat pemuliharaan alam sekitar serta boleh menjadi alat melahirkan motivasi dan pendidikan yang berkesan.

 

Sementara itu, UPM sebagai universiti penyelidikan diberi tugas menerajui Sustainable Development Goals (SDGs) yang telah menjadi agenda global apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperkenalkan 17 matlamat yang perlu dicapai oleh semua negara bangsa menjelang 2030.

 

Tujuan bentuk pembangunan itu adalah untuk mewujudkan hubungan yang stabil antara aktiviti manusia dan dunia semula jadi, dengan tidak mengabaikan prospek generasi masa depan. - UPM

 

 

 

SXMXDA3~