???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM JULUNG KALI MENJADI HOS LIGA BESBOL KEBANGSAAN 2023

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

 SERDANG, 9 Julai - Universiti Putra Malaysia (UPM) buat julung kalinya menjadi hos Liga Besbol Kebangsaan 2023 anjuran Persekutuan Besbol Malaysia (BMF) dan ia juga merupakan Liga Besbol Kebangsaan pertama sejak penubuhan BMF pada 1998.

DYMM Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam titahnya berkata meskipun penganjuran Liga Besbol ini merupakan kali pertama dianjurkan namun baginda berharap agar program ini tidak terhenti di sini.

"Saya berharap kerjasama berterusan dari semua pihak dalam merencanakan program-program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang di samping menaikkan dan menghasilkan produk-produk sukan besbol berkualiti di arena kebangsaan seterusnya antarabangsa.

"Penglibatan semua Persatuan Negeri amat saya hargai bagi memastikan sukan ini terus diterima oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.," titahnya pada majlis perasmian Aeon Big BubblesO2 Liga Besbol Kebangsaan 2023 di Padang Besbol UPM, di sini, hari ini.

Liga Besbol Kebangsaan 2023 telah bermula pada 10 Jun lalu dan dijalankan selama enam minggu padi setiap Sabtu dan Ahad yang telah disertai oleh 184 orang peserta berusia 20 hingga 30 tahun dari lapan buah negeri iaitu Perlis, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sementara itu, Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh berkata kerjasama dua hala pihak persatuan sukan dan UPM merupakan antara perkara penting dalam pertukaran kepakaran dan teknikal sukan besbol.

"Kepakaran para ilmuwan di Universiti akan mampu membangunkan sukan besbol secara lebih berstruktur dan berkesan.

"Saya juga telah dimaklumkan bahawa beberapa rundingan telah dijalankan antara pihak BMF dengan UPM bagi penyediaan padang besbol yang pertama di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman mengulas bahawa pihak UPM terbuka untuk melakukan kolaborasi bersama pihak BMF khasnya dalam pembangunan infrastruktur sukan padang besbol bagi kegunaan pemain dan manfaat buat negara.

Keterlibatan UPM sebagai hos dan tuan rumah liga ini secara tidak langsung mencapai matlamat 3 Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu melestarikan ekosistem jaringan industri dan masyarakat selain membantu negara dalam mempromosikan sukan besbol di peringkat domestik dan antarabangsa. 

 Turut hadir, DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Prof. Madya Dr. Omrah Hassan @ Hussin. - UPM

SXKSSAl~