???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM Bantu Warga Emas dan Pengusaha Makanan Membuat Pilihan Sihat

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
 
 
PUTRAJAYA, 27 Jun - 30 orang warga emas dan 30 pengusaha makanan penduduk Taman Sri Serdang telah menyertai Program Terapi Pemakanan Perubatan dalam Amalan Membeli-Belah Pintar Bersama Dietitian anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.
 
Program yang dikelola oleh pelajar Tahun Akhir Bacelor Sains Dietetik dengan Kepujian, Jabatan Dietetik FPSK UPM memberikan penekanan khusus terhadap kesihatan pemakanan untuk menangani isu obesiti, dan warga emas yang mempunyai hipertensi serta dislipidemia.
 
Penyelia program, Dr Noraida Omar berkata program ini memberi peluang kepada para peserta untuk membuat pilihan yang sihat dan bijak semasa membeli-belah melalui pelbagai aktiviti interaktif.
 
 
 
“Topik utama yang dibincangkan ialah terapi pemakanan perubatan (MNT) untuk pengurusan berat badan, cara membaca label termasuklah jumlah nutrien dalam keperluan harian, keselamatan makanan, hipertensi,dan dislipidemia.
 
“Semoga program yang dilakukan ini dapat memberikan mesej gaya hidup sihat kepada ahli keluarga setiap peserta agar kehidupan sihat akan terus tetap dipupuk dalam setiap lapisan masyarakat,” katanya.
 
Program ini mendapat kerjasama AEON Big Alamanda dan merupakan program di bawah geran Knowledge Transfer Grant Scheme@PTJ, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM.
 
 
 
“Terima kasih buat para penaja seperti Aeon Big, Oatlife, Super, OEL Distribution (KL) Sdn Bhd, MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd, FFM Berhad, Meadow Fresh, V-Soy, IW Studio, Wira Food Services dan JR Rajin yang membantu menjayakan majlis ini.
 
"Selain itu, saya juga amat menghargai kerjasama erat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Serdang dan bantuan sukarelawan Kelab Foodnatic UPM sepanjang program ini berlangsung,” katanya. -UPM 

SXMWPA~