???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM bangunkan P12 Lounge, bilik darjah pintar tingkat kompetensi dalam pengajaran

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

 

SERDANG, 5 Januari - Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membangunkan Progressive Ignite 2 (PI2) Lounge iaitu bilik darjah pintar yang menekankan kepelbagaian kompetensi dalam kalangan pelajar dan penjanaan ilmu yang progresif.

Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata bilik darjah pintar di FPP adalah sebuah inisiatif yang baik serta selari dengan usaha UPM kearah melagang kampus pintar dalam universiti.

“Inisiatif seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti dan ketertampakan UPM, malah dapat meningkatkan minat dan keyakinan pemegangtaruh terhadap UPM.

“Saya amat berharap agar PI2 Lounge ini akan menjadi contoh ruang pembelajaran yang menekankan multimodality, kepelbagaian kompetensi dalam kalangan pelajar dan penjanaan ilmu yang progresif,” katanya.

PI2 Lounge adalah satu inisiatif di bawah projek ‘Enhancing Education for Human Capital Development Through Establishing Future Learning Ecosystem’ atau MRUN yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail.

Prof. Dr. Ismi Arif  berharap PI2 Lounge ini akan menjadi contoh ruang pembelajaran yang kondusif serta memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran melalui reka bentuk yang  berteknologi tinggi.

“Bilik darjah pintar ini mempunyai ruang yang berteknologi pintar terbahagi kepada tiga ruang iaitu pembelajaran dalam bentuk audio, visual dan kinetik mengikut keperluan pelajar untuk fokus semasa proses pembelajaran,” katanya.

Sementara itu, FPP UPM turut mempunyai Putra Future Classroom yang telah menjadi pusat rujukan amalan terbaik pengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi semua pihak di dalam dan di luar negara.

SXMWQAr~