???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Tuanku Canselor seru graduan terus sinergi dengan alma mater UPM

SERDANG, 25 November – Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru kepada para graduan untuk meneruskan sinergi bersama alma mater UPM dan terus menyumbang kepada pembangunan pelajar UPM.

“Beta ingin menggesa para graduan dan bakal alumni untuk meneruskan sinergi dengan alma mater UPM, sebagai tanda syukur atas pengorbanan yang dicurahkan oleh warga universiti bagi merealisasikan kejayaan anda pada hari ini. 

“Selain menyumbang pada pembangunan pelajar UPM, graduan juga boleh membantu universiti dalam apa-apa jua bentuk peranan dan sumbangan demi kecemerlangan UPM,” titahnya.

Baginda bertitah pada Majlis Konvokesyen ke-47 UPM Sidang 2 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM, hari ini.  

Baginda turut bertitah graduan perlu berkualiti bukan hanya cemerlang dalam pencapaian akademik dan perlu cemerlang secara holistik serta seimbang dalam segenap aspek.

Pada Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 2, Sultan Sharafudin menggesa agar UPM terus melaksanakan fungsi dan peranannya terhadap masyarakat seiring dengan hasrat negara sebuah negara bertamadun tinggi.

 

Sebelum ini, UPM telah melaksanakan program latihan pertanian moden dibawah Pusat Kecemerlangan Industri Pertanian IP-Intan @ UPM yang melibatkan komuniti serta siswazah, selain Projek Pembangunan Belia Tani dan program Usahawantanu Putra-Perhebat.

“Beta percaya sumbangan terbesar UPM dalam usaha membangunkan negara adalah dengan melahirkan graduan yang unggul dalam melahirkan insan yang luhur sejajar dengan sebagai sebuah Menara Ilmu,” titah baginda.

Baginda turut mendoakan agar segala usaha yang dilaksanakan UPM akan menaikkan taraf pendidikan dan ilmuan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Sultan Sharafuddin mengingatkan bidang pertanian masih kekal menjadi bidang utama UPM yang mewarisi legasi pertanian memainkan peranan yang besar untuk terus memacu kecemerlangan dalam bidang pertanian negara.

Baginda turut menyeru agar graduan untuk terus berusaha dalam bidang pekerjaan yang diceburi dan melaksanakannya dengan jujur serta berintegriti pada setiap masa serta berhemah dalam penggunaan ayat berkomunikasi  di media sosial. 

“Graduan perlu berhati-hati dengan menggunakan ayat terutamanya membabitkan isu 3R iaitu Institusi Diraja, Agama dan Kaum kerana ianya boleh mengundang perbalahan dan mengancam perpaduan negara kita,” titahnya. 

Terdahulu, Majlis Konvokesyen ke-47 UPM Sidang 1 telah berlangsung pada 4 November lalu di Dewan Sri Kenyalang UPM Kampus Sarawak (UPMKB) dan seramai 487 graduan telah menerima ijazah dan diploma masing-masing. 

SXKSSAb~