???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Sukarelawan KMB santuni warga emas RSK Cheras, Selangor

Oleh: Aqilah Abd Rahman

SERDANG  –Seramai 50 sukarelawan pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KMB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyantuni warga emas melalui program Healthy Ageing with KMB di Rumah Seri Kenangan (RSK), Cheras, Selangor baru-baru ini.

Program anjuran Sekretariat Kesukarelawan dan Mobiliti, Majlis Perwakilan Kolej, KMB, UPM, Sesi 2022/2023 itu adalah dengan kerjasama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMNS) dan Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) serta mendapat tajaan daripada Farm Fresh Berhad.

Pengarahnya program, Aqilah Abd Rahman berkata, program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar KMB untuk mengasah kemahiran bersosial bersama komuniti luar, terutamanya golongan warga emas.

“Saya berharap program ini dapat mewujudkan sikap keprihatinan anak muda terhadap kesejahteraan komuniti warga emas serta memastikan kesihatan fizikal dan mental warga emas berada pada tahap yang baik,” katanya.

Penguasa RSK Cheras, Selangor, Nik Ahmad Ismadi Nik Azali berkata program itu memberi manfaat serta beliau mengalu-alukan kedatangan para pelajar UPM untuk mengadakan aktiviti bersama penghuni warga emas di situ.

“Saya berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya lebih ramai lagi yang mengambil berat tentang kesejahteraan warga emas di Malaysia,” katanya.  

Selain itu, Program Healthy Ageing with KMB telah merangkumi beberapa aktiviti utama iaitu senaman pagi oleh para sukarelawan, pengenalan tentang sakit tulang belakang, saringan kognitif, aktiviti bonding dan sesi ramah mesra seperti bermain batu seremban, teka pergerakan, cari objek tersembunyi dan teka lukisan.

Pengetua KMB, UPM, Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni berkata, program itu bertujuan untuk menggalakkan pelajar bertukar idea dan pendapat ini diharapkan dapat membantu pelajar membina hubungan sosial yang baik dengan komuniti.

“Ini dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berinteraksi dengan orang lain terutamanya golongan yang berusia dan membina hubungan sosial yang baik dengan masyarakat serta dapat bertukar idea dan pendapat dengan masyarakat,” katanya.

Program itu turut mendapat sokongan daripada Pihak Pengurusan KMB dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM. - UPM

SXMWQAf~