???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Sakit kronik sumber kekuatan Faizal genggam ijazah

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

SERDANG, 21 Mac - Demi membuktikan kepada diri yang sedang bertarung dengan penyakit buah pinggang tahap 5, akhirnya segulung ijazah berjaya diperoleh oleh Mohd Faizal Ismail hari ini pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ke-45.

Mohd Faizal Ismail, Bacelor Komunikasi mengalami masalah buah pinggang tahap 5 berjaya membuktikan bahawa kelemahan dirinya ini adalah sumber kekuatan untuk mendapatkan ijazah di UPM.

“Nak buktikan kepada diri saya bahawa sakit bukanlah satu alasan untuk jadi lemah. Sakit berikan saya satu semangat, orang sihat boleh belajar kenapa saya tak boleh. Apa beza sakit dan sihat?

“Saya tak suka orang hina saya, kalau dah sakit duduk di rumah sahaja tak payah belajar lagi,” katanya.

Namun, semangatnya datang dari keluarga yang turut bersimpati diatas penyakit yang dialami pada usia yang sangat muda. Faizal juga perlu mengatur jadual kelasnya dengan sistematik disamping beliau perlu melakukan dialisis tiga kali seminggu.

“Dialisis sangat mahal, semasa belajar di UPM, saya tanggung sendiri kos dialisis dengan menjimatkan kos membeli makanan.

“Perancangan selepas bergraduasi, saya akan memulakan perniagaan secara kecil -kecilan sahaja diatas faktor kesihatan ini. Namun saya bersyukur dengan ujian ini, kerana setiap yang terjadi mengajar kita untuk menjadi lebih kuat dan jangan mudah mengalah,” katanya.

Faizal adalah anak kelahiran Besut, Terengganu, beliau bukan hanya mengalami masalah buang pinggang tetapi mempunyai darah tinggi dan kekurangan darah merah.

SXMWQAP~