???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Gotong royong perdana bantu perkasa komuniti nelayan darat

Oleh: Dr. Zufarzaana Zulkeflee

 

TANJUNG TUALANG, 4 April - Fakulti Pengajian Alam Sekitar (FPAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Alam Sekitar (FESSA) menganjurkan Program Love Our Lake (LOL) 2018, program gotong-royong perdana bersama komuniti nelayan darat dari Februari hingga April lalu.

Acara kemuncaknya diadakan di Tanjung Tualang, Perak dari 2 hingga 4 April, dan dirasmikan pada 3 April oleh wakil Menteri Besar Perak, Dato Abdullah Fauzi Ahmad Razali yang juga ADUN Kampung Gajah.

Kira-kira 200 orang terdiri daripada kontinjen UPM, wakil pelbagai agensi tempatan, dan ahli komuniti Kampung Gajah menjalankan aktiviti pasca-pembersihan bagi memastikan pembasmian makrofit invasif (keladi bunting) secara total untuk mengelakkan rebakan semula pada acara kemuncak LOL2018 itu.

Program anjuran bersama dengan Persatuan Nelayan Ikan Air Tawar (PENIAT) itu adalah kesinambungan daripada kajian forensik alam sekitar oleh FPAS, UPM bagi membantu komuniti nelayan darat menangani pelbagai isu kemerosotan kualiti ekosistem tasik yang menyebabkan hasil tangkapan ikan terjejas teruk.

Inisiatif ini juga membuktikan kesungguhan UPM bagi mengekalkan kedudukannya dalam ranking UI-GreenMetric World University Ranking di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dalam usaha membudayakan kelestarian hijau dan pengurusan alam sekitar.

Hasil beberapa siri kajian forensik alam sekitar yang dijalankan sejak 2016 dibentangkan kepada pihak pemegang taruh tasik pada Disember 2017 diikuti dengan penganjuran program kemuncak LOL2018 ini sebagai satu pelan tindakan bagi menangani antara isu alam sekitar utama di situ iaitu rebakan makrofit invasif.

 

Ia adalah satu daripada siri program pemerkasaan komuniti nelayan darat yang memberi fokus kepada tiga objektif utama iaitu pembasmian makrofit invasif secara total, pengurusan sisa pepejal secara lestari serta memperbaiki saluran utama bagi kelancaran aliran air keluar masuk tasik.

Program jangka panjang itu yang diketuai oleh Dr. Nor Rohaizah Jamil dan Dr. Zufarzaana Zulkeflee bertujuan memperkasa komuniti dalam aspek pemuliharaan alam sekitar secara lestari, dan membantu meningkatkan tahap sosiokekonomi komuniti luar bandar seiring dengan aspirasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).  

Turut terlibat menjayakan acara kemuncak LOL2018 ialah Dr. Noorain Mohd Isa.

 

Penaja utama program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu ialah Ultratrex Machinery Sdn. Bhd, yang menaja kos operasi pembersihan tasik dengan menyumbang penggunaan jentera bagi membersihkan liputan keladi bunting di perairan tasik seluas hampir 200 hektar itu.

Turut memberi sumbangan ialah ahli EXCO Perak, Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi; dan Dato’ Abdullah Fauzi.  

Dr. Nor Rohaizah berkata, program kali ini merupakan titik tolak kepada penyelesaian salah satu isu yang paling kritikal iaitu rebakan populasi makrofit asing yang melitupi lebih 90% daripada keseluruhan kawasan tasik itu.

 

“Spesies asing yang berasal dari Amazon ini bukan sahaja menganggu aktiviti perikanan dan navigasi bot di kawasan ini, malah menyebabkan kemerosotan kualiti air dan menganggu ekosistem akuatik tasik secara keseluruhan,” katanya.

Dr. Zufarzaana pula berkata Program Pemerkasaan Komuniti Nelayan seumpama itu akan diteruskan bagi memastikan ekosistem tasik terus dipelihara dan kelangsungan aktiviti perikanan bagi komuniti nelayan ikan air tawar dapat diteruskan.

“Selain meningkatkan keberdayasaingan bagi menjamin sumber pendapatan dan taraf hidup di kalangan para nelayan darat di kawasan ini, program seumpama ini dapat membantu mengurangkan peratusan komuniti B40 di Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya. - UPM

SXMXDA3~