???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Pesona Bunga Ros Tarik Minat Pelajar Sambung Bidang Pertanian

SERDANG, 6 Oktober - Kerana ‘jatuh hati’ pada bunga ros, graduan Diploma Pengurusan Perladangan Makanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), tidak kisah berpanas di bawah terik mentari demi mengejar cita-citanya sebagai pengusaha bunga ros suatu hari nanti.

 

Siew Yuen Bing, 20, kini akan meneruskan cita-citanya dengan menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Sains Hortikultur di Fakulti Pertanian.

 

“Gubahan bunga tidak asing lagi dalam industri hortikultur pada zaman sekarang. Oleh itu, saya ingin mendalami ilmu ini sehingga menjadi pakar suatu hari nanti,” ujarnya.

 

Sementara itu, bagi pelajar Bacelor Sains Hortikultur dengan Kepujian, Fakulti Pertanian UPM, Yap Zheng Yao, 20, berkata beliau sangat meminati biologi.

 

 

“Oleh kerana terlalu meminati biologi, saya memilih program pengajian ini untuk mencabar diri dengan ilmu baharu berkaitan pertanian.

 

“Saya sangat gembira kerana Bacelor Pertanian merupakan pilihan pertama saya dan UPM sangat terkenal dengan bidang pertanian. Semoga saya dapat mempelajari banyak ilmu di ladang-ladang berkaitan biologi tumbuhan,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, seramai 1,300 pelajar bacelor baharu dijangka mendaftar dalam 27 program pengajian Agrobio Pertanian, antaranya Bacelor Sains Pertanian dengan Kepujian, Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem dengan Kepujian, Bacelor Sains dan Teknologi Makanan dengan Kepujian, serta Bacelor Sains Bioteknologi dengan Kepujian.

SXKSSAK~