???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Perutusan Naib Canselor UPM 2024 tidak ketepi kecemerlangan pelajar

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 


SERDANG, 24 Jan – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah akan terus memperkasakan setiap mahasiswa dan mahasiswi UPM tanpa mengira peringkat pembelajaran.

 

Beliau berkata perkara itu akan dilakukan menerusi Program Job Hunting and Networking (JoHAN@UPM) dan BAKAT@UPM bagi mewujudkan pengalaman hidup yang lebih menarik di universiti ini selain pelajar akan kembali semula menjadi alumni yang memberi sumbangan buat UPM serta negara.

“Tanpa pelajar kita (UPM) tidak akan wujud dan para pelajar inilah yang menghasilkan beratus ribu alumni yang memberi sumbangan pada universiti dan negara.

 

“Menerusi dua sistem ini kita akan membangunkan modal insan holistik dengan nilai tambah agar para pelajar di UPM akan meningkatkan kemahiran masing-masing selain meluaskan jaringan perhubungan dengan industri,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada Perutusan 100 Hari Naib Canselor dan Amanat 2024 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) di sini hari ini.

 

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan agar setiap penuntut di kampus hijau ini memahami moto UPM iaitu ‘Berilmu Berbakti’ agar terus kompeten menjadi pelajar selain mempunyai nilai yang positif.

 

 

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM, Fatin Amirah Mohd Hisham melihat perutusan Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan tidak melupakan hak-hak pelajar bagi melahirkan mahasiswa dan mahasiswi UPM yang lebih cemerlang.

 

“Program atau konsep JoHAN dan BAKAT ini secara tidak langsung melatih dan mencari pelapis yang baharu bagi setiap program yang dikendalikan oleh pelajar seperti Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian UPM pada tahun lalu.

 

“Susah sebenarnya hendak mencari pelapis atau bakat baharu. Semoga amanat Naib Canselor ini membentuk kumpulan bakat dengan kepelbagaian bakat pelajar yang ada di UPM,” katanya. -UPM

SXMWJA~