???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Pelajar UPM anjur Rekreasi Terapeutik santuni golongan OKU sukan air lasak

GOPENG, 17 Jan - 36 pelajar Bacelor Sains Taman dan Rekreasi, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Rekreasi Inklusif buat individu Orang Kurang Upaya (OKU) di RiverBug, di sini, baru-baru ini.

 

Penyertaan daripada lima orang golongan OKU ini memberi pendedahan aktiviti rekreasi lasak kepada individu OKU selain meningkatkan kemahiran pelajar untuk menyantuni OKU sewaktu berekreasi.

 May be an image of 4 people and text

Pengarah program, Muhammad Fakhrul Azim Muhammad Nizam, 23, berkata program ini meningkatkan nilai inklusif dalam kalangan masyarakat terhadap semua individu.

 

“Penganjuran program ini merupakan amali dua kursus kami iaitu kursus Rekreasi Terapeutik bagi Golongan Istimewa dan kursus Pengurusan Risiko dalam Rekreasi.

 

“Ini merupakan pengalaman yang berharga buat kami semua dalam menyantuni orang peserta OKU bersama orang awam yang kita terima melalui persatuan OKU

 

Pensyarah Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan, UPM, Dr. Mohd. Aswad Ramlan berkata langkah yang diambil untuk melibatkan OKU dalam aktiviti rekreasi dapat membina jambatan untuk memastikan setiap individu tanpa mengira kekurangan merasa diterima dan dihargai dalam masyarakat.

May be an image of 6 people and segway

Beliau yang juga merupakan penyelidik dalam bidang rekreasi terapeutik di UPM menjelaskan bahawa aktiviti rekreasi bukanlah semata-mata tentang keseronokan, tetapi merupakan medium kepekaan masyarakat terhadap kepelbagaian individu-individu dalam komuniti.

 May be an image of 2 people

“Dengan mengambil langkah kecil untuk melibatkan OKU dalam aktiviti rekreasi, individu bukan sahaja memberi mereka peluang yang sama, tetapi juga membina kelompok masyarakat yang MADANI, inklusif, dan bertanggungjawab.

 

“Langkah ini penting dalam membangunkan kesedaran masyarakat terhadap keperluan OKU dan membuka ruang bagi mereka untuk terlibat secara aktif dalam kehidupan komuniti,” katanya.

 

Penganjuran program ini juga secara tidak langsung menyokong Pelan Strategik UPM 2021-2015 Matlamat 1 iaitu melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang. -UPM

SXKSSAh~