SERDANG, 15 Feb - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah telah bertemu Menteri Komunikasi, Fahmy Fadzil bagi rakaman program Sembang Kopi Anak Muda di Richiamo Café, Canselori Putra, hari ini.
Dato’ Ahmad Farhan turut berkesempatan memperkenalkan fokus utama UPM sebagai sebuah universiti yang membantu negara dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan.
Program Sembang Kopi Anak Muda merupakan anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). -UPM